Thursday, November 11, 2010

Teori NomBor Dan Sikap - NOMBOR 1 !


Perjalanan hidup sehari-hari adalah berkaitan dengan nombor. Ada kajian yang dilakukan oleh beberapa saintis (aku bukan la saintis tapi pengikut saintis ) melandaskan perkaitan antara nombor kelahiran dan sikap prilaku seseorang.

Perkiraan teori ini di lakukan melalui nombor-nombor pada tarikh lahir. Pertama, tambah Bulan, hari, dan tahun bersama-sama untuk mencapai jumlah nombor. Kemudian, kurangkan angka empat digit kepada satu.

Contoh: Jika seseorang lahir pada tarikh 13 December 1974 (1974/12/13), tambah bulan 12 hingga 13 hari ditambah tahun 1974 tiba di total tahun 1999. Kemudian tambah angka tahun 1999 1 + 9 + 9 + 9 = 28, 2 + 8 = 10 jadi angka sifatnya adalah 1.





Mari kita lihat perkiraan saintifik nombor dan perkaitannya dengan sifat orang yang di wakili nombor 1.







Penterjemahan Si Nombo 1
Amat sesuai menjadi pemimpin. Seorang yang suka mencapai target dan suka hidup dengan kebebasan. Dikatakan adalah seorang yang berpemikiran kreatif, positif dan mempunyai target hidup yang amat tinggi. Jika dalam berpersatuan anda mahu menjadi presiden dan jika dalam kekayaan anda mahu menjadi seorang jutawan. Si Nombo 1 sukakan cabaran dan orang jenis ini tidak takut pada masalah. Masalah adalah suatu cabaran positif bagi Si Nombo 1



Si Nombo 1 adalah seorang yang suka mencipta. Tak kira la nak cipta secara fizikal atau teori. Selain tu Si Nombo 1 ni orangnya sensitif tapi suka berkawan. Kekadang yang menimbulkan masalah adalah sikap Si Nombo 1 ni yang susah sangat nak kata tidak walaupun dia kekadang tidak suka dengan sesuatu kejadian atau keputusan... selalunya Si Nombo 1 ni akan berkata "..betul jugak tu tapiiiiiiii....." atau pun " boleh tak kalau...." hahahaha....aku ke korang yang macam ni ?!!kah kah kah kah





Ok ok s
ambung lagi ...ehem...
Si Nombo 1
ni memang amat sesuai menjadi pemimpin atau ketua. Namun mereka mungkin akan gagal sebagai pengikut. Mungkin kerana sikapnya yang suka mencipta dan sentiasa mempunyai pendapat. Sikap2 positif Si Nombo 1 ni kekadang menyusahkan diri dia balik. Akibat kerana mementingkan kejayaan => dia mungkin akan menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri. Individualistik la kata orang puteh. Ego
Si Nombo 1 boleh tahan hebat la. Harga maaf bagi mereka adalah terlalu mahal. Bersikap pendendam dan susah mengalah. Namun kalau Si Nombo 1 ni mampu mengatasi kelemahannya dengan baik => sabar tahap nabi dan murahkan sikit harga sebuah kemaafan mungkin Si Nombo 1 ni akan menjadi seorang pemimpin yang ulung.


oraitz...esok saya nak tulis pasal Si Nombor 2 pulak ...


** saya bukan saintis tapi ini adalah teori pemahaman dari pembacaan dan pembelajaran psiklogi masa kat school ITM dan pengalaman masa buat program TV EQ dulu kat singapura dulu ... sebagai bacaan suka2 jer ...jangan emosional lak ek !

2 comments:

  1. Masa kecik2 dulu ada juga games nombor sebegini.

    ReplyDelete
  2. itu la pasalnya..masa kecik2 nombo kecik maknanya bila dah besar lak makin besar maknanya jugak...dulu ada singgit dah happy skrang ada seratus inggit pun dah start nak risau dah...hehehe

    ReplyDelete