Tuesday, June 21, 2011

APA KHABAR DUNIA

Tetiba lak aku rasa nak melihat keharmonian dunia lepas bawak keta jalan-jalan kejap tadi.   Jalan kiri kanan penuh dengan orang ramai.  Ada yang keluar bekerja ada yang datang meliwat eh silap melawat ada gak yang bawak anak pegi klinik ada yang bawak mak ayah ziarah keluarga.   Seronok jer kan kehidupan sehari-hari kita ni.  Malam tadi aku menghabiskan masa sebelum lena melihat video-video yang di upload ke youtube.  Macam-macam ada.  Ada yang suka-suka ada yang menyampaikan cinta ada yang meluahkan kata tak kurang juga cerita-cerita propaganda yang di sogokan kepada minda penontonnya yang pada fikiran aku befikiran tenang semasa menonton.  Bebas dan cukup harmoni kehidupan kita di negara tercinta yang kita huni sejak dari hari pertama melihat dunia dari hari pertama kita hirup udaranya bumi MALAYSIA.

Aku cuba bayangkan kalau aku berada di Tripoli Libya tengah bawak keta pagi2 cham gini.  Tetiba jer kedebummm nato tersilap baling bom cham mana kesahnya kalau gitu.  Bersungguh2 betul diorang nak menghapuskan umat islam....aduyaiiii... but that never happen here in our country... alhamdullillah.  Aman kan .....kan kan kan ....tapi tu la yang sedihnya....tak ramai yang menghargai keamanan yang kita kecapi sehari2 ni....kenapa ek ??  budak-budak sekolah rendah selalu tanya soalan ni kan....tapi orang tua-tua dewasa tak pernah nak pikir kenapa ek ...kan kan kan

Kenapa susah sangat nak ada satu penyatuan.  Kenapa ada yang merasa tertindas dan kenapa ada yang menindas tapi persoalan yang utamanya tindasan tu kepada siapa dan kenapa?  kalau yang tertindas tu duduk di tempat yang sama dengan si penindas adakah dia tidak akan menindas?  atau mungkin setiap yang terbaik yang di putuskan dalam satu jemaah bila di sampaikan sentiasa akan di anggap keputusan yang tidak baik bilamana ada sajer golongan2 yang konon marhain menyangkalkan keputusan berkenaan?  Jadi apa yang terbaiknya? Apa yang terbaik itu sebenarnya mendatangkan keburukan?

Sebenarnya aku ni tak puas hati dengan BERSIH ni...terus terang jer la cakap.  Memang aku tak suka penyangak2 jalanan yang mencari kepuasan dengan maki hamun dan memberontak. Korang suka Mat Rempit?? Korang suka peragut? Korang suka penyimbah asid? Kalau betul kuat dan bertenaga kalau betul anak jantan kalau betul pertiwi pegi la libya pegi la gaza...gunakan maki hamun dan tenaga aura dalaman yang ada tu tunjukkan pada amarika yang konon pengawas dunia tu bahawa tindakan mereka tu salah!!!  ini tidak ....dengan amarika dengan yahudi kapir laknat ni nak berbaik2 dengan saudara mara satu negara ni korang nak kecoh2.... nak jemput diorang bom kat negara aman kita ni pulak ke??...  mana erti penyatuan dan laungan BERSATU yang korang sembur-semburkan pada ceramah korang tu ....sampai bila nak jadi cakap tak serupa bikin ni ......aduyaiiii sedeh nangis tepi tepik lite cham gini

Tetiba lak naik angin sorang2 aku ni ...abih mana lagi aku nak naik angin, aku bukan nyer ada sessi ceramah.  Kat sini jer la aku nak ngomel2 marah2 sengsorang....korang nampak tak aku tengah SENYUMMMM PENOH DEBARAN ni...

Persoalannya mampukah kita mengekalkan keamanan dan keharmonian persekitaran kita ni 10 tahun akan datang ?  apakah dengan kita mahu membaling batu kayu dan botol coca cola yang di campur minyak petrol untuk masa depan anak2 kecil yang tidak mampu untuk memBERSIHkan kekotoran yang kita cadang nak buat ni.  Acuan inikah yang kita nak berikan pada generasi yang masih bertatih setiap pagi memaksa membuka mata kecil mereka yang comel melangkah kaki setiap hari ke sekolah untuk belajar A B C D E...

Cuba kita fikir dan tenangkan minda...itu ke cara terbaik untuk penyelesaian? itu ke cara terbaik mencapai impian??

SALAM DARI JALANAN...

Thursday, June 16, 2011

Lupa Buat or Buat Lepas Lupa


Adakah kita LUPA BUAT ATAU MEMANG PERKARA TU KITA AKAN BUAT LEPAS LUPA?? Lupa buat pas tu apa jadi lepas buat benda yang lupa tu ?  Pas tu apa pulak yang kita buat lepas lupa? jeng jeng jeng !!!!!

Friday, February 18, 2011

BICARA EMOSI



Agungnya kehidupan kala indah bila ia tidak pelbagai di perbagaikan.  Kala ia menetes menetas bak tumbuh-tumbuhan makan pemakan,  aur itu tidak lagi jernih.  Jika lalunya dulu penuh dengan liku kini lalunya penuh dengan jurang curam.  Kalau dulu ia kelam kini ia gelam.  Harus diharungi bila pedih harus di harungi biar jerih bertapak pada tapak yang tersusun atau merangkak pada tanah yang menguak bila melangkah.  Minit dulunya berganti, minit kininya hilang arti bila esok mentari masih timbul bila malamnya mengambang bulan bergenang awan awangan meraba kala cahayanya hanya disukat dengan cangkir bocor tapaknya.  Onak dulunya perih jika diturih tapi kini dipijak boleh di lanyak aku tidak gentar.  hebatkan percaturan yang disusun kalau ini mainannya kalau ini penghukumannya biar aku minta lalu dengan sujud bahawa aku masih umatnya Nabi Muhammad s.a.w bahawa aku masih lagi makhluk kejadiannya pinjaman dunia Allahuakbar!!!


*menulis dengan penuh emosi* hahahahhahahaha.....ada ke yang boleh paham secara tepat ni?

Friday, December 31, 2010

HAPPY NEW YEAR

Think the tot full thinking or techtical thinking .....knowing the unknown...whats the best solution? is the best solution is known as solution? ....happy new YEAR 2011 is 4...aiya 4 mati lor...hahahahaha....does number means something or everything ?....huh complicated ....  

The best actually is to believe in you and the best solution is by you ...its your solution and its all about you ...do you believe?

Sunday, December 26, 2010

Pengacara Yang bagus adalah...




ni orangutantua nak borak jap pasal pengacara tak kira lah di majlis biasa atau luar biasa di dalam tv atau di sebelah tv ....

ramai anak2 muda yang menceburi bidang pengacaraaan...tahniah lah atas kejayaan anda terpilih menjadi icon di kaca tv ... sedar tak sedar bilamana adik2 atau abang2 atau kakak2 terpilih menjadi pengacara, ia di sertai dengan satu tanggungjawab:

Tanggungjawab untuk mempersembahkan diri secara terbaik dari segi penyampaian
Tanggungjawab untuk mempersembahkan diri secara terbaik dari segi penampilan
Tanggungjawab untuk menjadi pengantara antara manusia kepada manusia
Tanggungjawab untuk menyusahkan diri menjadi ikon contoh ke atas segala perlakuan yang tak elok jangan la buat yang elok jangan la nak menunjuk-nunjuk pulak 
Tanggungjawab untuk menunjukkan yang kita ini setaraf dengan manusia2 lain di dunia yang cerdik pandai berbicara
Tanggungjawab untuk mengisi mulut dan minda dengan pengetahuan yang melampau2 agar tak nampak sangat 'dol' bila ke udara
Tanggungjawab untuk menjadi warga yang bertanggungjawab dan bukan pandai menjawab

Sebenarnya bidang pengacaraan ni sangat penting.   Kalau nak jadi pengaraca kena buat banyak homework. Bukan boleh ala-ala ajer.  Sebabnya? sebbbbaaaabbbb kita ni nak bagi tau orang tentang program yang kita nak bicarakan.  kalau kita sendiri tak tau apa program kita bukan ke kita dah menyusahkan orang yang menonton.  Kenapa mereka menonton? sebab mereka nak tambah lebih banyak pengetahuan.  Kalau kita tak menyalurkan maklumat yang bernas bukan ke ini akan membuang masa orang yang menonton.  Perlu di ingat setiap saat kita ke udara nilainya amat tinggi.  Nilai masa yang i luangkan penonton, nilai 'airtime' yang di beri oleh stesen televisyen tempat kita ke udara tu, nilai masa kita di bayar untuk menjadi pengacara dan segala nilai-nilai ni haruslah kita manfaatkan. 

Jadi kenalah kiranya golongan2 pengacara dan yang seangkatan dengannya perlu mengambil kira keperluan berdiri di depan kamera kalau rasa diri tak bersedia dan tak perlu berdiri di depan kamera, elak-elakkan lah jangan la memalukan diri, keluarga dan kawan-kawan.

....orangtua ni dah pencen dari arena pengacaraan ni 'being there done that' cukup-cukup la 7 tahun jadi host....tu yang kekadang nengok angkatan2 baru ni geraaammmm jer rasanya...hehehehe....pak cik pun tak la bagus sangat dolu tapi sempat la duduk di carta teratas untuk beberapa ketika....tapi biasa la kalau dah depan tv ni ada yang suka ada yang benci ...itu lumrah...yang penting kita jangan sombong dan bangga diri ...INGAT !!! kita berdiri kat situ sebab nak cari makan bukan nak cari jodoh atau nak glamour murahan

nak tips menjadi pengacara yang bagus?
nanti kita kongsi pengalaman bersama ek ...dan yang bercita-cita menceburi arena ni ....selamat datang ...do your best!!!

Monday, November 15, 2010

Si ChumbY!

video

Ini kisah si chumby.  Si chumby ni minat ngan pompuan.  Kalau ngan lelaki mesti dia cakar2 sepus hati dia.  Lebih kurang 2 tahun lepas chumby datang ke rumah aku.  Masa tu tengah hujan.  Kesian dia dok depan pintu dengan basah dan kesedihan sebab sesat tak tau mana nak pegi ...ye la kucingkat masa kecik mata dia buta...ada la besa 3 jari (jari aku la bukan jari korang).  Aku pun amik la susu dutch lady bagi dia minum..ooo patut la dia suka pompuan ..patutnya aku kasi dia susu ducth man kan kan...

ni la susu aku bagi minum kat chumby masa dia datang mula2 dulu ...damn aku patut kasi dia susu milks dud ni agaknya baru dia tak cakar aku ...wakakakkaakka
So masa terus berlalu sampai la skrang ni si chumby dah besar berganda2 ada la besar paha lak sekarang si chumby ni (peha aku la bukan peha korang).  Kawan2 aku semua takut kalau datang rumah sebab si chumby ni kalau dia tak kenal orang yang datang abis kena kelar orang tu ngan kuku dia.  Tambah pulak kalau dia tengah hangin atau pun musim mengawan ... dah dekat sepuluh orang la kawan aku tercedera dek si chumby ni...but ada baiknyer gak si chumby ni garang ....kalau kitarang lupa nak tutup gate ker dia akan trus standby kat atas keta aku ...konon protect rumah dia la tu...kalau korang datang rumah nampak jer muka dia cham ni bawak2 la berundur dulu sebelum aku keluar...

Fuh gigi dia ni kalau mengeget abisss....patut aku biak baka chumby ni banyak2...so tak yah la rumah nak pakai guard lagi ...pakai CHUMMBY!
tapi yang aneh nyer si chumby ni ...dia serang lelaki jer ...kalau pompuan bukan main lagi dia memanjakan diri sampai aku pun aneh kekadang tu nengokkan bentuk dia bila manja ngan pompuan

ini ler ropa aneh si chumby ni ....macam2 aksi sarkas dia akan buat
Sehari dua ni aku kesian nengok chumby.  Dia telah tercedera akibat memprotect rumah aku ni dari di masuki oleh bulldog (bulldog ni kucing gak tapi muka dia cham bulldog).  Si Bulldog ni suka meyelinap masuk rumah kitarang untuk mencuri makanan kucing aku.  Tiap2 kali bunyi jer aku bagi makan kat diorang, bulldog akan standby kat sliding door....patut la makanan kucing aku selalu abis...siap kau bulldog!...so chumby telah merana kesakitan dan duduk di dalam mangkuk atas meja untuk beberapa hari sebab cedera kaki depan dia...tapi aku tetap bangga dengan sikap wira si chumby aku ni ...

muka protest sebab kesakitan ...dendam ni ngan Bulldog...jaga kau bulldog!!!
ari tu adik aku ada boleh la dia manja2 suruh urut kaki dia yang tercedera tu ....ni adik aku dah balik sentok ni ...si chumby telah merana kerinduan....kesian dia ...dah la sakit pas tu kena renndu lak ...

oi lyana mana ko ni ....ko suka kan menduakan aku....haiz aku dah la sakit  demam lak ni ....cepat la ko abis master ko tu ...ko nak jadi Jedi  ke ha! asal ko lama tak buat entri pasal aku!!   korang baca la si liana ni nyer blog...dah ada boypren trus dia lupa aku ...   www.queenlyana.com

ok lah aku nak g nengok si chumby yang tengah demam ni ....nanti kang aku borak ngan dia kalau dia ada cakap apa2 aku cerita lagi.

Sunday, November 14, 2010

Jeruk Botol !

korang pernah makan jeruk botol ni tak ....aduihhh....ari tu masa aku ngantar adik aku kat hentian 'tut' masa nak balik tu terpandang la kan orang jual jeruk dalam botol banyak2 kat situ ...beli la kiranya...mahal la jugak jualnya dekat 5 hengget 200gm..teringin nyer pasal beli la jugak ...



masuk jer keta air liur dah meleleh2...asam ni kan macam tu kalau kita dah teringin sangat nak makan (aku jer la kot ...wakakakaka) masuk tros dalam mulot ....mak aih ....rasa macam nak pecah dada aku dibuatnya...aku ni beli makanan ke beli asid...nak hilangkan teliur ke nak bunuh aku jeruk ni ?!!! fuhh tak tau aku nak describe cham mana tapi memang aku rasa cham dada aku nak meletop bila telan jer jeruk ni ....asid apa diaorang pakai buat jeruk ni ....mak aku dulu pakai garam ngan cuka masak tu jer nak jerukkan buah...haizzzz....ini dah macam asid nak curah kat lubang tandas tersumbat jer bau dia...

Peniaga2 jeruk ni pun satu...dah tau jeruk tu expired kenapa la nak jual ....masa beli  ngan supplier dulu patutnya derang ni tanya la jeruk ni boleh simpan berapa lama..nak kena tukarkan ke air jeruk ni after a while ...kena salin air biasa ke bila buah bidara ni dah cukup dijerukkan...adui....

kalau ikutkan nak jer aku patah balik ...tapi bila pikir2 i'll be talking not to the owner ..yang menjual tu pekerja dia jer ....tapi sedih la kan tetiba lak pembaziran wang berlaku ...beli sesuatu untuk menyakitkan diri sendiri....so kepada u all ...jangan la makan jeruk dalam botol yang ntah brapa lama dah di perap oleh mereka yang meniaga jeruk racun ni !!!


** kalau kita pakat2 tak beli jeruk jenih ni mesti lama2 nanti jeruk ni tak dijual...pupus terus dari pasaran sebab tak laku ...