Thursday, March 26, 2009

Heyp Heyp HOREYYYYYY!!!

dicanang-canang, digendang-gendang,
hu sana ! ha sini! mereka menyanyi lagu sorak
Yessss!! berlaung lagi...Alhamdullillahhhhhh...panjang haraqatnya..
Hidupppp!!! laung berbagai raung
berpeluk-pelukan, enak barangkali bau-bauan badan
dijulang-julang, di tatang-tatang
lambung jangan di kira
kalau boleh biar sampai ke bumbung gaya minang itu
ehem...
semua diam.
.
.
.
.
.
saya janji, saya akan, saya kamu aku dia semua
kalau bukan kerana....
kerana apa?!!!!
kerana dia dia dia
kerana itu itu itu
kerana ini ini ini
hey!
itu bukan kerananya
kerana Merdeka!
kerana tanah sudah berlumpur!
kerana najis sudah sepah-sepah!
kerana Nya dan kerana Nya!
Ini bukan untukmu!
Ini bukan kemenangan!
Ini tanggungjawab!
Jangan Gagal Tika Kamu Berjaya!!!!!
Aku tuntut! Mereka tuntut!


Kisah hari/detik-detik

aku merantau hari ini. Bukan melalui kaki aku melangkah, tapi akal ini...bukankah hari-hari adalah hari perantauan? Bisik aku pada bening subuh..mungkinkah perantauanku yang bermula dinihari ini adalah berbeza dari kegagalan semalam? segalanya telah di takdir dan tertulis, bukan hak kita untuk bertanya seawal bening itu, pada kehendak yang mungkin terselitnya akur atau mungkin jua terangkuhnya pada kehendak cita yang tidak pernah puas. Sekali lagi aku bertanya pada diri, apa kepuasan yang aku cari? tahukah aku? tahukah kamu?




















Aku teruskan pengembaraan hari, detik-detik demi detik aku tepati. Lama sudah mungkin aku tidak menempuh hari dengan ketepatan jarum waktu yang tidak pernah mungkir untuk berlalu setiap saat. Saat yang tidak pernah seumurku aku melihat ia undur. Maju terus ia tegak menguruskan nombornya yang dua belas itu. Sejenak aku melihat waktu pembalut tanganku . Mengapa tidak aku seperti ia? tidak pernah undur walau sedetik. Tidak pula pernah ia melompat-lompat tanpa tertib satu ke lima atau tiga ke lapan. Tersusun bukan? Ia yang menemani diriku setiap hari dengan tertib dan maju tanpa menganggu....mengapa resam itu tidak terniat untuk aku pahat dalam diri...mungkin egonya aku, kamu?

Monday, March 23, 2009

Ayu...


Ayu dia...
wajahnya tertutup dek rambutnya yang ikal
mengurai-gurai panjangnya
laboh ke pinggul
kusut...
seolah tidak mahu lagi bergelar mahkota

kaki tidak mahu lagi melangkah
bila maju dia menjunam
bila undur...
semalam masih tetap semalam

sehari itu dia buntu kaku
manis yang ditelan
kini jadi racun yang memamah hati jiwanya
haruskah matahari itu pergi menukar hari
haruskah belai bayu itu berhenti
haruskah datangnya semalam
...sedetik itu

jiwa mulia si ayu diragut bagai binatang
sialan...

titis air mengalir pada matanya ayu
tidak lagi jernih
bila tangisnya hanya sesalan
luka yang tiada penawar
hirisan bak pedang menghambur urat jantungnya
parut yang telah hampir pada rohnya

....ayu tidak lagi bermaya
nafasnya hanya tertelan
tidak terhembus lagi...
pergilah dengan damai ayu
moga kasturi tidak hilang baunya..
amin...





Fikir Aku Fikir Kamu








AKU...
Fikir bila puas menongkah pemikiran
Jarak satu dan sejuta dimana kamu
Hari ini mahu berbelitan
adakah esok terhenti?
sampai bila...