Monday, November 15, 2010

Si ChumbY!


Ini kisah si chumby.  Si chumby ni minat ngan pompuan.  Kalau ngan lelaki mesti dia cakar2 sepus hati dia.  Lebih kurang 2 tahun lepas chumby datang ke rumah aku.  Masa tu tengah hujan.  Kesian dia dok depan pintu dengan basah dan kesedihan sebab sesat tak tau mana nak pegi ...ye la kucingkat masa kecik mata dia buta...ada la besa 3 jari (jari aku la bukan jari korang).  Aku pun amik la susu dutch lady bagi dia minum..ooo patut la dia suka pompuan ..patutnya aku kasi dia susu ducth man kan kan...

ni la susu aku bagi minum kat chumby masa dia datang mula2 dulu ...damn aku patut kasi dia susu milks dud ni agaknya baru dia tak cakar aku ...wakakakkaakka
So masa terus berlalu sampai la skrang ni si chumby dah besar berganda2 ada la besar paha lak sekarang si chumby ni (peha aku la bukan peha korang).  Kawan2 aku semua takut kalau datang rumah sebab si chumby ni kalau dia tak kenal orang yang datang abis kena kelar orang tu ngan kuku dia.  Tambah pulak kalau dia tengah hangin atau pun musim mengawan ... dah dekat sepuluh orang la kawan aku tercedera dek si chumby ni...but ada baiknyer gak si chumby ni garang ....kalau kitarang lupa nak tutup gate ker dia akan trus standby kat atas keta aku ...konon protect rumah dia la tu...kalau korang datang rumah nampak jer muka dia cham ni bawak2 la berundur dulu sebelum aku keluar...

Fuh gigi dia ni kalau mengeget abisss....patut aku biak baka chumby ni banyak2...so tak yah la rumah nak pakai guard lagi ...pakai CHUMMBY!
tapi yang aneh nyer si chumby ni ...dia serang lelaki jer ...kalau pompuan bukan main lagi dia memanjakan diri sampai aku pun aneh kekadang tu nengokkan bentuk dia bila manja ngan pompuan

ini ler ropa aneh si chumby ni ....macam2 aksi sarkas dia akan buat
Sehari dua ni aku kesian nengok chumby.  Dia telah tercedera akibat memprotect rumah aku ni dari di masuki oleh bulldog (bulldog ni kucing gak tapi muka dia cham bulldog).  Si Bulldog ni suka meyelinap masuk rumah kitarang untuk mencuri makanan kucing aku.  Tiap2 kali bunyi jer aku bagi makan kat diorang, bulldog akan standby kat sliding door....patut la makanan kucing aku selalu abis...siap kau bulldog!...so chumby telah merana kesakitan dan duduk di dalam mangkuk atas meja untuk beberapa hari sebab cedera kaki depan dia...tapi aku tetap bangga dengan sikap wira si chumby aku ni ...

muka protest sebab kesakitan ...dendam ni ngan Bulldog...jaga kau bulldog!!!
ari tu adik aku ada boleh la dia manja2 suruh urut kaki dia yang tercedera tu ....ni adik aku dah balik sentok ni ...si chumby telah merana kerinduan....kesian dia ...dah la sakit pas tu kena renndu lak ...

oi lyana mana ko ni ....ko suka kan menduakan aku....haiz aku dah la sakit  demam lak ni ....cepat la ko abis master ko tu ...ko nak jadi Jedi  ke ha! asal ko lama tak buat entri pasal aku!!   korang baca la si liana ni nyer blog...dah ada boypren trus dia lupa aku ...   www.queenlyana.com

ok lah aku nak g nengok si chumby yang tengah demam ni ....nanti kang aku borak ngan dia kalau dia ada cakap apa2 aku cerita lagi.

Sunday, November 14, 2010

Jeruk Botol !

korang pernah makan jeruk botol ni tak ....aduihhh....ari tu masa aku ngantar adik aku kat hentian 'tut' masa nak balik tu terpandang la kan orang jual jeruk dalam botol banyak2 kat situ ...beli la kiranya...mahal la jugak jualnya dekat 5 hengget 200gm..teringin nyer pasal beli la jugak ...



masuk jer keta air liur dah meleleh2...asam ni kan macam tu kalau kita dah teringin sangat nak makan (aku jer la kot ...wakakakaka) masuk tros dalam mulot ....mak aih ....rasa macam nak pecah dada aku dibuatnya...aku ni beli makanan ke beli asid...nak hilangkan teliur ke nak bunuh aku jeruk ni ?!!! fuhh tak tau aku nak describe cham mana tapi memang aku rasa cham dada aku nak meletop bila telan jer jeruk ni ....asid apa diaorang pakai buat jeruk ni ....mak aku dulu pakai garam ngan cuka masak tu jer nak jerukkan buah...haizzzz....ini dah macam asid nak curah kat lubang tandas tersumbat jer bau dia...

Peniaga2 jeruk ni pun satu...dah tau jeruk tu expired kenapa la nak jual ....masa beli  ngan supplier dulu patutnya derang ni tanya la jeruk ni boleh simpan berapa lama..nak kena tukarkan ke air jeruk ni after a while ...kena salin air biasa ke bila buah bidara ni dah cukup dijerukkan...adui....

kalau ikutkan nak jer aku patah balik ...tapi bila pikir2 i'll be talking not to the owner ..yang menjual tu pekerja dia jer ....tapi sedih la kan tetiba lak pembaziran wang berlaku ...beli sesuatu untuk menyakitkan diri sendiri....so kepada u all ...jangan la makan jeruk dalam botol yang ntah brapa lama dah di perap oleh mereka yang meniaga jeruk racun ni !!!


** kalau kita pakat2 tak beli jeruk jenih ni mesti lama2 nanti jeruk ni tak dijual...pupus terus dari pasaran sebab tak laku ...



Thursday, November 11, 2010

Jumaat

 
Saya ambik ni dari web orang jugak.  Tetiba pulak rasa nak mengetahui kelebihan hari dan kepentingan hari Jumaat ini....mana la tau kot2 sama2 kita boleh jadikan pedoman ....sama2 la kita berpesan kala kita ingat tatkala ada yang kelupaan, ada juga yang kealpaan

1. Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
 

 
Dzikir Jumaat

Ya-Allah-Ya-Haiyu
(Berzikir 100X sebelum solat Jumaat)
 
Barang siapa berzikir “Ya-Allah-Ya-Haiyu” 100 kali pada setiap Hari Jumaat sebelum solat Jumaat dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan hati (khusyuk), di mudahkan baginya segala yang di tuntut dan di perjuangkan.
 
Ya-Dzaahir
ﺍﻇﺎﻫﺮ
(Membaca 15X)
 
Barang siapa yang membaca “Ya-Dzaahir” 15 kali selepas solat Jumaat, insyallah cahaya (nur) Illahi akan menyinari hatinya.

 

DO U BELIEVE IN LOVE?



Y SHOULDNT U BELIVE IN LOVE? OR Y NOT?

  1. Love does not hurt. Physical and/or emotional abuse are not a part of love.
  2. Love is not manipulative, it should not be used to get others to do what you want. You should never give in to demands based on the, "You would do it if you loved me!" tactic.
  3. Love is an intense feeling of caring for another person. It can take many different forms (romantic, friendly, familial) but it is always about caring.
  4. Although it is true that a big part of love is putting another person's happiness ahead of your own this never includes compromising your values or being untrue to yourself.
  5. If somebody asks you to do something that you don't want to do in order to "prove" your love they do not love you the way you might think they do. When you love another person you don't ask them to sacrifice a part of themselves in the name of that love.
  6. It is very easy to confuse lust for love. The true measure of romantic love is commitment and trust not physical attraction.
  7. It is possible to feel romantic love for more than one person at a given time. Just think, if it is possible for you to love both of your parents at the same time why would it be impossible to feel romantic love for two people at once? Don't beat yourself up emotionally if you find yourself in this unhappy situation. But be sure to remain single and be open and honest with all parties about your feelings and confusion.
  8. Sex is NOT love. Love is NOT sex. Sex can be a part of romantic love but it is never mandatory.
  9. Romantic love can (and often does) fade. When it goes there is not always a reason. When somebody falls out of love with you it does not reflect upon your value as a person or your desirability.
  10. Love should make you feel happy, secure and appreciated. 
Thats it.....THATS IT??? THATS IT!!!! hahahhaha.... What do you do for love?

Teori NomBor Dan Sikap - NOMBOR 1 !


Perjalanan hidup sehari-hari adalah berkaitan dengan nombor. Ada kajian yang dilakukan oleh beberapa saintis (aku bukan la saintis tapi pengikut saintis ) melandaskan perkaitan antara nombor kelahiran dan sikap prilaku seseorang.

Perkiraan teori ini di lakukan melalui nombor-nombor pada tarikh lahir. Pertama, tambah Bulan, hari, dan tahun bersama-sama untuk mencapai jumlah nombor. Kemudian, kurangkan angka empat digit kepada satu.

Contoh: Jika seseorang lahir pada tarikh 13 December 1974 (1974/12/13), tambah bulan 12 hingga 13 hari ditambah tahun 1974 tiba di total tahun 1999. Kemudian tambah angka tahun 1999 1 + 9 + 9 + 9 = 28, 2 + 8 = 10 jadi angka sifatnya adalah 1.





Mari kita lihat perkiraan saintifik nombor dan perkaitannya dengan sifat orang yang di wakili nombor 1.







Penterjemahan Si Nombo 1
Amat sesuai menjadi pemimpin. Seorang yang suka mencapai target dan suka hidup dengan kebebasan. Dikatakan adalah seorang yang berpemikiran kreatif, positif dan mempunyai target hidup yang amat tinggi. Jika dalam berpersatuan anda mahu menjadi presiden dan jika dalam kekayaan anda mahu menjadi seorang jutawan. Si Nombo 1 sukakan cabaran dan orang jenis ini tidak takut pada masalah. Masalah adalah suatu cabaran positif bagi Si Nombo 1



Si Nombo 1 adalah seorang yang suka mencipta. Tak kira la nak cipta secara fizikal atau teori. Selain tu Si Nombo 1 ni orangnya sensitif tapi suka berkawan. Kekadang yang menimbulkan masalah adalah sikap Si Nombo 1 ni yang susah sangat nak kata tidak walaupun dia kekadang tidak suka dengan sesuatu kejadian atau keputusan... selalunya Si Nombo 1 ni akan berkata "..betul jugak tu tapiiiiiiii....." atau pun " boleh tak kalau...." hahahaha....aku ke korang yang macam ni ?!!kah kah kah kah





Ok ok s
ambung lagi ...ehem...
Si Nombo 1
ni memang amat sesuai menjadi pemimpin atau ketua. Namun mereka mungkin akan gagal sebagai pengikut. Mungkin kerana sikapnya yang suka mencipta dan sentiasa mempunyai pendapat. Sikap2 positif Si Nombo 1 ni kekadang menyusahkan diri dia balik. Akibat kerana mementingkan kejayaan => dia mungkin akan menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri. Individualistik la kata orang puteh. Ego
Si Nombo 1 boleh tahan hebat la. Harga maaf bagi mereka adalah terlalu mahal. Bersikap pendendam dan susah mengalah. Namun kalau Si Nombo 1 ni mampu mengatasi kelemahannya dengan baik => sabar tahap nabi dan murahkan sikit harga sebuah kemaafan mungkin Si Nombo 1 ni akan menjadi seorang pemimpin yang ulung.


oraitz...esok saya nak tulis pasal Si Nombor 2 pulak ...


** saya bukan saintis tapi ini adalah teori pemahaman dari pembacaan dan pembelajaran psiklogi masa kat school ITM dan pengalaman masa buat program TV EQ dulu kat singapura dulu ... sebagai bacaan suka2 jer ...jangan emosional lak ek !

Tuesday, November 09, 2010

Simple Fact About Hanoi !



Hanoi - the capital of Socialist Republic of Vietnam, is the Political, Economic, Cultural, Scientific and Technological center of the whole country. Hanoi is located on the life-giving Red River’s banks of the Northern Delta. Thanks to its geographical vantage point, Hanoi enjoys a favorable position as an important domestic and external trading center.


The interestin
g fact that i know about Hanoi is all women in Hanoi are working =>
where are the man 'the are tired fighting during
the war and its time for them to rest, so women works now'














Hanoi City is full of wire

look old outside but modern inside => salute!










Bikes are main transportation Normal speed for them is 30km/hr when they are rushing they will go very fast fastest is 70km/hr Thats y there are very few accident in Hanoi...they just know how to ride... Use horn not signal!








Ladies in Hanoi love this ===>









This is how to sit behind =====>
dont worry u will not fall
30km/hr only maaa...










They have the sweetest coconut
but !

this is how u have to drink it !!













me in town centre of Hanoi...after shoot on day 01












My driver in HANOI cum bodyguard lah
till we meet again...MR DONG....










Anything to share about Hanoi?

Dancing Tower



Do you know?
Menara Taming Sari is the First Gyro tower in Malaysia

Do you know?
Originally it supposed to be build in the new founded kota melaka (besides Quayside Restaurant)..but when they start digging they find out the old 'Kota Melaka' on the original site so they shifted the site to where it is now

Do you know?
It climbs 110 meters and rotate 360 degree so that u can have the 360 degree view lah of malacca town and it takes you 7 mins to go up and down

Do you know?
it is gyro technology from switzerland

Do you know?
i have been there on top TOP of the tower where a few selected people have the privilage to climb up ....hahahaha



Do you know?
On Top of tis tower there is a structure of 'Hulu Keris' made of steel
Do you know?
This is how it look like when the cylinder first arrive at Port Klang Malaysia




Do you know?
i love the tower and i'm now in the making of this tower documentary and for you i make this short clips video for my blog dedicated to the tower and thanks to Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam because this is his idea!

and now i present to u ....Menara Taming Sari Malacca



Wednesday, November 03, 2010

Rumah Nur Salam Chow Kit

damn !...dah lama aku tak berkarya....mampus tumpul otak aku nak buat sajak masa tengah edit benda ni ....hahahaha...well sajak dan puisi adalah sebahagian aku. Suara hati yang membebel bila melihat sesuatu...(aku memang kuat bebel pun)...but seriously bila aku tengok footages yang diorang kasi kat aku (ada la NGO ni ) terkedu la jugak kejap...wht direction are 'they' going to bilamana hadirnya anak2 ini masih belum mampu mengubah kemahuan dan hala kehidupan....apa lagi mungkin yang lebih berharga dari mereka ini bagi golongan 'they' ???.....ni yang aku mula rasa nak sebut panjang-panjang jer ni ....cuba korang sebut panjang-panjang ....ehem...1..2...3...theyyyyyyyyyyy!

but anyway aku menulis ni bukan sebab nak mengata sesiapa pun..(sapa pun yang nak baca blog aku ni ...HAHAHAHA..Blog Syok Sendiri). Aku rasa aku paham bilamana takdir menentukan nasib seseorang...Qadaq dan Qada...cuma kalau boleh ...KALAU BOLEH 'they' mulalah hala kehidupan tu ke arah yang mampu..banyak kemampuan yang mampu yang tidak kita ketahui ada dalam diri kita....kepada golongan bukan 'they' macam aku macam kamu let do this la ...kalau kita tak punya kehendak sementara maka mereka tidak begitu walau begini. What best can u do to help this kids? is to give them back their mother or father or love ...think about it...ia mungkin jadi pada kita angkara kita-kita....


enjoy la karya aku yang tak seberapa ni ....
Khas buat anak-anak di rumah Nur Salam Chow Kit...love u all...i will think of doing something for u all ...insyaallah dengan rezeki dan kehendakNya azam aku akan aku kotakan suatu hari nanti...