Saturday, September 12, 2009


Kek Lapis Strawberry

kek ni kek bisa jer hari ni ....tapi kurang lebih 15 tahun dahulu kek ini mempunyai riwayat yang berkaitan dengan riwayat aku. Masa tu aku baru tingkatan 3. Mak suruh buat kek. Dalam keletihan di bulan, pabila aku jejak kaki di rumah usang tempat kami tinggal tros aku ke dapur. 'Kacau gula dengan buttercup dulu' the very first order yang aku dapat dari mak untuk mula memproses kek lapis ni. Dengan pantas dan tangkas bak harimau bintang, aku mencapai mangkok kaca tempat bancuh 'doh' kuih raya yang mak beli masa kami masih lagi di pekan Sungai Besi.

'bubuh so makuk gulo denge so buttercup tu' ...dengan pelat kelantan pekatnya mak memberi arahan kedua. Aku pun heran macammana mak aku boleh pelat cakap Kelantan sedangkan mak berasal dari Kampung Baru, ayah yang berasal dari Pasir Puteh, tak lain dan tak bukan mesti di sebabkan getah pucuk ketereh depan rumah yang mak cicah ngan budu masa ngandungkan si liana tu. haih. Sambung cerita kek tadi, aku pun amik mangkuk kaca tu dengan senduk nasi yang di perbuat dari kayu maka mencarilah aku tempat untuk bertengek. Tak lain dan tak bukan tempat terbaik adalah di hadapan Oven Butterfly yang harganya dulu tak sampai pun Lima Puluh Ringgit. Aku pun mulalah mengacau doh campuran gula dan buttercup tadi. Dah dekat setengah jam mak tak bagi arahan ke tiga lagi. Haih tangan dah nak tercabut ni. Masa tu aku berniat dalam hati, nanti aku dah bekerja aku nak belikan mak mesin kek pakai tekan-tekan jer (alhamdulillah dimurahkan rezeki aku dah belikan mak mesin tu - dah rosak dah pun). Setelah hampir 50 minit, barulah arahan ke tiga di terima. Ok doh dah sebati. Dah putih pun adunan tu, mesti naik cantekkkk kek ni nanti. "Ok sekarang masukkan telor 6 bijik. Masuk satu-satu " arahan ke tiga aku terima. Ni memang paling aku minat. Konon-konon nak buat macam ala-ala mamak goreng mi kat kedai tu, pecah telo sebelah tangan jer. Berdebus telo yang pertama mencecah muka adunan yang aku kacau tadi dan seterusnya bedebus lah satu per satu telo-telo tu sehingga 6 bijik. Arahan ke empat di terima masukkan icing vanilla satu tudung. Dengan pantasnya aku memasukan icing vanilla tu dalam adunan kek aku tu. Wahhhh teros doh tu berbau wangi. malas lak nak tulis ....jap jap tido jap kang sambung ....

Tuesday, July 14, 2009

Dosa atau Dosa? atau Dosa!

Hari diluar sana bak menangisi kelamnya makhluk bumi. Antara wujud dan khatamnya nur cahaya si pemanggil seru. Ke mana hala kita bila hari-hari berlalu? Aku hairan dengan kewujudan dugaan... mengapa kehidupan tidak pernah boleh lari dari terduga? layakkah kita diuji bila kita ini adalah yang lalai? apakah dalam kelalaian yang hanyut itu kita ini masih di duga-duga? masih sudikah kita, mungkin aku mungkin kamu diduga dalam kelalaian? atau mungkin kita hanya menoleh dan berkata pada diri "ah orang lain lagi jahil hidupnya" sejauhmana lagi kita mahu melangkah dalam gelombang kesesatan sejauhmana lagi kita mahu tertawa sedang selayaknya kita menangisi kehilangan maruah diri yang sebenarnya hanya tinggal sisa-sisa

kekadang aku terhitung kira dosa yang terpalit pada diri, apa aku masih layak memiliki kerahmatanNya? atau aku atau mungkin kamu sudah jauh dari sifat syukur dan sudah amat dekat dan akur dengan kufur gelombang-gelombang dunia. Ku toleh kanan ku toleh kiri mengapa semua kita sudah seakan sama, bukan sama berjaya tapi sama lupa! selama lama mana kita mahu melupai yang zahir dan yang batil. Apa kita akan mampu menyuci dosa bagai waktu dulu merengek tika pertama kali melihat wajah dunia? pernahkah kita menghitung dosa yang mengikat tubuh atau ia sudah terlalu biasa hingga kita lupa yang kita ini hidup di duniaNya....

-Ingat buat aku kala kamu lupa ingat buat kamu kala aku lupa-

Thursday, March 26, 2009

Heyp Heyp HOREYYYYYY!!!

dicanang-canang, digendang-gendang,
hu sana ! ha sini! mereka menyanyi lagu sorak
Yessss!! berlaung lagi...Alhamdullillahhhhhh...panjang haraqatnya..
Hidupppp!!! laung berbagai raung
berpeluk-pelukan, enak barangkali bau-bauan badan
dijulang-julang, di tatang-tatang
lambung jangan di kira
kalau boleh biar sampai ke bumbung gaya minang itu
ehem...
semua diam.
.
.
.
.
.
saya janji, saya akan, saya kamu aku dia semua
kalau bukan kerana....
kerana apa?!!!!
kerana dia dia dia
kerana itu itu itu
kerana ini ini ini
hey!
itu bukan kerananya
kerana Merdeka!
kerana tanah sudah berlumpur!
kerana najis sudah sepah-sepah!
kerana Nya dan kerana Nya!
Ini bukan untukmu!
Ini bukan kemenangan!
Ini tanggungjawab!
Jangan Gagal Tika Kamu Berjaya!!!!!
Aku tuntut! Mereka tuntut!


Kisah hari/detik-detik

aku merantau hari ini. Bukan melalui kaki aku melangkah, tapi akal ini...bukankah hari-hari adalah hari perantauan? Bisik aku pada bening subuh..mungkinkah perantauanku yang bermula dinihari ini adalah berbeza dari kegagalan semalam? segalanya telah di takdir dan tertulis, bukan hak kita untuk bertanya seawal bening itu, pada kehendak yang mungkin terselitnya akur atau mungkin jua terangkuhnya pada kehendak cita yang tidak pernah puas. Sekali lagi aku bertanya pada diri, apa kepuasan yang aku cari? tahukah aku? tahukah kamu?




















Aku teruskan pengembaraan hari, detik-detik demi detik aku tepati. Lama sudah mungkin aku tidak menempuh hari dengan ketepatan jarum waktu yang tidak pernah mungkir untuk berlalu setiap saat. Saat yang tidak pernah seumurku aku melihat ia undur. Maju terus ia tegak menguruskan nombornya yang dua belas itu. Sejenak aku melihat waktu pembalut tanganku . Mengapa tidak aku seperti ia? tidak pernah undur walau sedetik. Tidak pula pernah ia melompat-lompat tanpa tertib satu ke lima atau tiga ke lapan. Tersusun bukan? Ia yang menemani diriku setiap hari dengan tertib dan maju tanpa menganggu....mengapa resam itu tidak terniat untuk aku pahat dalam diri...mungkin egonya aku, kamu?

Monday, March 23, 2009

Ayu...


Ayu dia...
wajahnya tertutup dek rambutnya yang ikal
mengurai-gurai panjangnya
laboh ke pinggul
kusut...
seolah tidak mahu lagi bergelar mahkota

kaki tidak mahu lagi melangkah
bila maju dia menjunam
bila undur...
semalam masih tetap semalam

sehari itu dia buntu kaku
manis yang ditelan
kini jadi racun yang memamah hati jiwanya
haruskah matahari itu pergi menukar hari
haruskah belai bayu itu berhenti
haruskah datangnya semalam
...sedetik itu

jiwa mulia si ayu diragut bagai binatang
sialan...

titis air mengalir pada matanya ayu
tidak lagi jernih
bila tangisnya hanya sesalan
luka yang tiada penawar
hirisan bak pedang menghambur urat jantungnya
parut yang telah hampir pada rohnya

....ayu tidak lagi bermaya
nafasnya hanya tertelan
tidak terhembus lagi...
pergilah dengan damai ayu
moga kasturi tidak hilang baunya..
amin...





Fikir Aku Fikir Kamu








AKU...
Fikir bila puas menongkah pemikiran
Jarak satu dan sejuta dimana kamu
Hari ini mahu berbelitan
adakah esok terhenti?
sampai bila...