Think the tot full thinking or techtical thinking .....knowing the unknown...whats the best solution? is the best solution is known as solution? ....happy new YEAR 2011 is 4...aiya 4 mati lor...hahahahaha....does number means something or everything ?....huh complicated ....
The best actually is to believe in you and the best solution is by you ...its your solution and its all about you ...do you believe?
Friday, December 31, 2010
Sunday, December 26, 2010
Pengacara Yang bagus adalah...
ramai anak2 muda yang menceburi bidang pengacaraaan...tahniah lah atas kejayaan anda terpilih menjadi icon di kaca tv ... sedar tak sedar bilamana adik2 atau abang2 atau kakak2 terpilih menjadi pengacara, ia di sertai dengan satu tanggungjawab:
Tanggungjawab untuk mempersembahkan diri secara terbaik dari segi penyampaian
Tanggungjawab untuk mempersembahkan diri secara terbaik dari segi penampilan
Tanggungjawab untuk menjadi pengantara antara manusia kepada manusia
Tanggungjawab untuk menyusahkan diri menjadi ikon contoh ke atas segala perlakuan yang tak elok jangan la buat yang elok jangan la nak menunjuk-nunjuk pulak
Tanggungjawab untuk menunjukkan yang kita ini setaraf dengan manusia2 lain di dunia yang cerdik pandai berbicara
Tanggungjawab untuk mengisi mulut dan minda dengan pengetahuan yang melampau2 agar tak nampak sangat 'dol' bila ke udara
Tanggungjawab untuk menjadi warga yang bertanggungjawab dan bukan pandai menjawab
Sebenarnya bidang pengacaraan ni sangat penting. Kalau nak jadi pengaraca kena buat banyak homework. Bukan boleh ala-ala ajer. Sebabnya? sebbbbaaaabbbb kita ni nak bagi tau orang tentang program yang kita nak bicarakan. kalau kita sendiri tak tau apa program kita bukan ke kita dah menyusahkan orang yang menonton. Kenapa mereka menonton? sebab mereka nak tambah lebih banyak pengetahuan. Kalau kita tak menyalurkan maklumat yang bernas bukan ke ini akan membuang masa orang yang menonton. Perlu di ingat setiap saat kita ke udara nilainya amat tinggi. Nilai masa yang i luangkan penonton, nilai 'airtime' yang di beri oleh stesen televisyen tempat kita ke udara tu, nilai masa kita di bayar untuk menjadi pengacara dan segala nilai-nilai ni haruslah kita manfaatkan.
Jadi kenalah kiranya golongan2 pengacara dan yang seangkatan dengannya perlu mengambil kira keperluan berdiri di depan kamera kalau rasa diri tak bersedia dan tak perlu berdiri di depan kamera, elak-elakkan lah jangan la memalukan diri, keluarga dan kawan-kawan.
....orangtua ni dah pencen dari arena pengacaraan ni 'being there done that' cukup-cukup la 7 tahun jadi host....tu yang kekadang nengok angkatan2 baru ni geraaammmm jer rasanya...hehehehe....pak cik pun tak la bagus sangat dolu tapi sempat la duduk di carta teratas untuk beberapa ketika....tapi biasa la kalau dah depan tv ni ada yang suka ada yang benci ...itu lumrah...yang penting kita jangan sombong dan bangga diri ...INGAT !!! kita berdiri kat situ sebab nak cari makan bukan nak cari jodoh atau nak glamour murahan
nak tips menjadi pengacara yang bagus?
nanti kita kongsi pengalaman bersama ek ...dan yang bercita-cita menceburi arena ni ....selamat datang ...do your best!!!
Monday, November 15, 2010
Si ChumbY!
Ini kisah si chumby. Si chumby ni minat ngan pompuan. Kalau ngan lelaki mesti dia cakar2 sepus hati dia. Lebih kurang 2 tahun lepas chumby datang ke rumah aku. Masa tu tengah hujan. Kesian dia dok depan pintu dengan basah dan kesedihan sebab sesat tak tau mana nak pegi ...ye la kucingkat masa kecik mata dia buta...ada la besa 3 jari (jari aku la bukan jari korang). Aku pun amik la susu dutch lady bagi dia minum..ooo patut la dia suka pompuan ..patutnya aku kasi dia susu ducth man kan kan...
![]() |
| ni la susu aku bagi minum kat chumby masa dia datang mula2 dulu ...damn aku patut kasi dia susu milks dud ni agaknya baru dia tak cakar aku ...wakakakkaakka |
So masa terus berlalu sampai la skrang ni si chumby dah besar berganda2 ada la besar paha lak sekarang si chumby ni (peha aku la bukan peha korang). Kawan2 aku semua takut kalau datang rumah sebab si chumby ni kalau dia tak kenal orang yang datang abis kena kelar orang tu ngan kuku dia. Tambah pulak kalau dia tengah hangin atau pun musim mengawan ... dah dekat sepuluh orang la kawan aku tercedera dek si chumby ni...but ada baiknyer gak si chumby ni garang ....kalau kitarang lupa nak tutup gate ker dia akan trus standby kat atas keta aku ...konon protect rumah dia la tu...kalau korang datang rumah nampak jer muka dia cham ni bawak2 la berundur dulu sebelum aku keluar...
![]() |
| Fuh gigi dia ni kalau mengeget abisss....patut aku biak baka chumby ni banyak2...so tak yah la rumah nak pakai guard lagi ...pakai CHUMMBY! |
tapi yang aneh nyer si chumby ni ...dia serang lelaki jer ...kalau pompuan bukan main lagi dia memanjakan diri sampai aku pun aneh kekadang tu nengokkan bentuk dia bila manja ngan pompuan
![]() | |
| ini ler ropa aneh si chumby ni ....macam2 aksi sarkas dia akan buat |
Sehari dua ni aku kesian nengok chumby. Dia telah tercedera akibat memprotect rumah aku ni dari di masuki oleh bulldog (bulldog ni kucing gak tapi muka dia cham bulldog). Si Bulldog ni suka meyelinap masuk rumah kitarang untuk mencuri makanan kucing aku. Tiap2 kali bunyi jer aku bagi makan kat diorang, bulldog akan standby kat sliding door....patut la makanan kucing aku selalu abis...siap kau bulldog!...so chumby telah merana kesakitan dan duduk di dalam mangkuk atas meja untuk beberapa hari sebab cedera kaki depan dia...tapi aku tetap bangga dengan sikap wira si chumby aku ni ...
![]() |
| muka protest sebab kesakitan ...dendam ni ngan Bulldog...jaga kau bulldog!!! |
ari tu adik aku ada boleh la dia manja2 suruh urut kaki dia yang tercedera tu ....ni adik aku dah balik sentok ni ...si chumby telah merana kerinduan....kesian dia ...dah la sakit pas tu kena renndu lak ...
ok lah aku nak g nengok si chumby yang tengah demam ni ....nanti kang aku borak ngan dia kalau dia ada cakap apa2 aku cerita lagi.
Sunday, November 14, 2010
Jeruk Botol !
korang pernah makan jeruk botol ni tak ....aduihhh....ari tu masa aku ngantar adik aku kat hentian 'tut' masa nak balik tu terpandang la kan orang jual jeruk dalam botol banyak2 kat situ ...beli la kiranya...mahal la jugak jualnya dekat 5 hengget 200gm..teringin nyer pasal beli la jugak ...
masuk jer keta air liur dah meleleh2...asam ni kan macam tu kalau kita dah teringin sangat nak makan (aku jer la kot ...wakakakaka) masuk tros dalam mulot ....mak aih ....rasa macam nak pecah dada aku dibuatnya...aku ni beli makanan ke beli asid...nak hilangkan teliur ke nak bunuh aku jeruk ni ?!!! fuhh tak tau aku nak describe cham mana tapi memang aku rasa cham dada aku nak meletop bila telan jer jeruk ni ....asid apa diaorang pakai buat jeruk ni ....mak aku dulu pakai garam ngan cuka masak tu jer nak jerukkan buah...haizzzz....ini dah macam asid nak curah kat lubang tandas tersumbat jer bau dia...Peniaga2 jeruk ni pun satu...dah tau jeruk tu expired kenapa la nak jual ....masa beli ngan supplier dulu patutnya derang ni tanya la jeruk ni boleh simpan berapa lama..nak kena tukarkan ke air jeruk ni after a while ...kena salin air biasa ke bila buah bidara ni dah cukup dijerukkan...adui....
kalau ikutkan nak jer aku patah balik ...tapi bila pikir2 i'll be talking not to the owner ..yang menjual tu pekerja dia jer ....tapi sedih la kan tetiba lak pembaziran wang berlaku ...beli sesuatu untuk menyakitkan diri sendiri....so kepada u all ...jangan la makan jeruk dalam botol yang ntah brapa lama dah di perap oleh mereka yang meniaga jeruk racun ni !!!
** kalau kita pakat2 tak beli jeruk jenih ni mesti lama2 nanti jeruk ni tak dijual...pupus terus dari pasaran sebab tak laku ...
Thursday, November 11, 2010
Jumaat
Saya ambik ni dari web orang jugak. Tetiba pulak rasa nak mengetahui kelebihan hari dan kepentingan hari Jumaat ini....mana la tau kot2 sama2 kita boleh jadikan pedoman ....sama2 la kita berpesan kala kita ingat tatkala ada yang kelupaan, ada juga yang kealpaan
1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
Dzikir Jumaat
Ya-Allah-Ya-Haiyu
(Berzikir 100X sebelum solat Jumaat)
Barang siapa berzikir “Ya-Allah-Ya-Haiyu” 100 kali pada setiap Hari Jumaat sebelum solat Jumaat dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan hati (khusyuk), di mudahkan baginya segala yang di tuntut dan di perjuangkan.
Ya-Dzaahir
ﺍﻇﺎﻫﺮ
(Membaca 15X)
Barang siapa yang membaca “Ya-Dzaahir” 15 kali selepas solat Jumaat, insyallah cahaya (nur) Illahi akan menyinari hatinya.
DO U BELIEVE IN LOVE?
- Love does not hurt. Physical and/or emotional abuse are not a part of love.
- Love is not manipulative, it should not be used to get others to do what you want. You should never give in to demands based on the, "You would do it if you loved me!" tactic.
- Love is an intense feeling of caring for another person. It can take many different forms (romantic, friendly, familial) but it is always about caring.
- Although it is true that a big part of love is putting another person's happiness ahead of your own this never includes compromising your values or being untrue to yourself.
- If somebody asks you to do something that you don't want to do in order to "prove" your love they do not love you the way you might think they do. When you love another person you don't ask them to sacrifice a part of themselves in the name of that love.
- It is very easy to confuse lust for love. The true measure of romantic love is commitment and trust not physical attraction.
- It is possible to feel romantic love for more than one person at a given time. Just think, if it is possible for you to love both of your parents at the same time why would it be impossible to feel romantic love for two people at once? Don't beat yourself up emotionally if you find yourself in this unhappy situation. But be sure to remain single and be open and honest with all parties about your feelings and confusion.
- Sex is NOT love. Love is NOT sex. Sex can be a part of romantic love but it is never mandatory.
- Romantic love can (and often does) fade. When it goes there is not always a reason. When somebody falls out of love with you it does not reflect upon your value as a person or your desirability.
- Love should make you feel happy, secure and appreciated.
Thats it.....THATS IT??? THATS IT!!!! hahahhaha.... What do you do for love?
Teori NomBor Dan Sikap - NOMBOR 1 !
Perjalanan hidup sehari-hari adalah berkaitan dengan nombor. Ada kajian yang dilakukan oleh beberapa saintis (aku bukan la saintis tapi pengikut saintis ) melandaskan perkaitan antara nombor kelahiran dan sikap prilaku seseorang. Perkiraan teori ini di lakukan melalui nombor-nombor pada tarikh lahir. Pertama, tambah Bulan, hari, dan tahun bersama-sama untuk mencapai jumlah nombor. Kemudian, kurangkan angka empat digit kepada satu.
Contoh: Jika seseorang lahir pada tarikh 13 December 1974 (1974/12/13), tambah bulan 12 hingga 13 hari ditambah tahun 1974 tiba di total tahun 1999. Kemudian tambah angka tahun 1999 1 + 9 + 9 + 9 = 28, 2 + 8 = 10 jadi angka sifatnya adalah 1.

Mari kita lihat perkiraan saintifik nombor dan perkaitannya dengan sifat orang yang di wakili nombor 1.
Penterjemahan Si Nombo 1
Amat sesuai menjadi pemimpin. Seorang yang suka mencapai target dan suka hidup dengan kebebasan. Dikatakan adalah seorang yang berpemikiran kreatif, positif dan mempunyai target hidup yang amat tinggi. Jika dalam berpersatuan anda mahu menjadi presiden dan jika dalam kekayaan anda mahu menjadi seorang jutawan. Si Nombo 1 sukakan cabaran dan orang jenis ini tidak takut pada masalah. Masalah adalah suatu cabaran positif bagi Si Nombo 1
Si Nombo 1 adalah seorang yang suka mencipta. Tak kira la nak cipta seca
ra fizikal atau teori. Selain tu Si Nombo 1 ni orangnya sensitif tapi suka berkawan. Kekadang yang menimbulkan masalah adalah sikap Si Nombo 1 ni yang susah sangat nak kata tidak walaupun dia kekadang tidak suka dengan sesuatu kejadian atau keputusan... selalunya Si Nombo 1 ni akan berkata "..betul jugak tu tapiiiiiiii....." atau pun " boleh tak kalau...." hahahaha....aku ke korang yang macam ni ?!!kah kah kah kahOk ok sambung lagi ...ehem...
Si Nombo 1 ni memang amat sesuai menjadi pemimpin atau ketua. Namun mereka mungkin akan gagal sebagai pengikut. Mungkin kerana sikapnya yang suka mencipta dan sentiasa mempunyai pendapat. Sikap2 positif Si Nombo 1 ni kekadang menyusahkan diri dia balik. Akibat kerana mementingkan kejayaan => dia mungkin akan menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri. Individualistik la kata orang puteh. Ego Si Nombo 1 boleh tahan hebat la. Harga maaf bagi mereka adalah terlalu mahal. Bersikap pendendam dan susah mengalah. Namun kalau Si Nombo 1 ni mampu mengatasi kelemahannya dengan baik => sabar tahap nabi dan murahkan sikit harga sebuah kemaafan mungkin Si Nombo 1 ni akan menjadi seorang pemimpin yang ulung.
oraitz...esok saya nak tulis pasal Si Nombor 2 pulak ...
** saya bukan saintis tapi ini adalah teori pemahaman dari pembacaan dan pembelajaran psiklogi masa kat school ITM dan pengalaman masa buat program TV EQ dulu kat singapura dulu ... sebagai bacaan suka2 jer ...jangan emosional lak ek !
Tuesday, November 09, 2010
Simple Fact About Hanoi !

Hanoi - the capital of Socialist Republic of Vietnam, is the Political, Economic, Cultural, Scientific and Technological center of the whole country. Hanoi is located on the life-giving Red River’s banks of the Northern Delta. Thanks to its geographical vantage point, Hanoi enjoys a favorable position as an important domestic and external trading center.
The interesting f
act that i know about Hanoi is all women in Hanoi are working =>where are the man 'the are tired fighting during the war and its time for them to rest, so women works now'

Hanoi City is full of wire
look old outside but modern inside => salute!
Bikes are main transportation Normal speed for them is 30km/hr when they are rushing they will go very fast fastest is 70km/hr Thats y there are very few accident in Hanoi...they just know how to ride... Use horn not signal! 
Ladies in Hanoi love this ===>

This is how to sit behind =====>
dont worry u will not fall
30km/hr only maaa...

They have the sweetest coconut
but !
this is how u have to drink it !!

me in town centre of Hanoi...after shoot on day 01
My driver in HANOI cum bodyguard lah
till we meet again...MR DONG....

Anything to share about Hanoi?
Dancing Tower

Do you know?
Menara Taming Sari is the First Gyro tower in Malaysia
Do you know?
Originally it supposed to be build in the new founded kota melaka (besides Quayside Restaurant)..but when they start digging they find out the old 'Kota Melaka' on the original site so they shifted the site to where it is now
Do you know?
It climbs 110 meters and rotate 360 degree so that u can have the 360 degree view lah of malacca town and it takes you 7 mins to go up and down
Do you know?
it is gyro technology from switzerland
Do you know?
i have been there on top TOP of the tower where a few selected people have the privilage to climb up ....hahahaha

Do you know?
On Top of tis tower there is a structure of 'Hulu Keris' made of steel

Do you know?
This is how it look like when the cylinder first arrive at Port Klang Malaysia
Do you know?i love the tower and i'm now in the making of this tower documentary and for you i make this short clips video for my blog dedicated to the tower and thanks to Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam because this is his idea!
and now i present to u ....Menara Taming Sari Malacca
Wednesday, November 03, 2010
Rumah Nur Salam Chow Kit
damn !...dah lama aku tak berkarya....mampus tumpul otak aku nak buat sajak masa tengah edit benda ni ....hahahaha...well sajak dan puisi adalah sebahagian aku. Suara hati yang membebel bila melihat sesuatu...(aku memang kuat bebel pun)...but seriously bila aku tengok footages yang diorang kasi kat aku (ada la NGO ni ) terkedu la jugak kejap...wht direction are 'they' going to bilamana hadirnya anak2 ini masih belum mampu mengubah kemahuan dan hala kehidupan....apa lagi mungkin yang lebih berharga dari mereka ini bagi golongan 'they' ???.....ni yang aku mula rasa nak sebut panjang-panjang jer ni ....cuba korang sebut panjang-panjang ....ehem...1..2...3...theyyyyyyyyyyy!
but anyway aku menulis ni bukan sebab nak mengata sesiapa pun..(sapa pun yang nak baca blog aku ni ...HAHAHAHA..Blog Syok Sendiri). Aku rasa aku paham bilamana takdir menentukan nasib seseorang...Qadaq dan Qada...cuma kalau boleh ...KALAU BOLEH 'they' mulalah hala kehidupan tu ke arah yang mampu..banyak kemampuan yang mampu yang tidak kita ketahui ada dalam diri kita....kepada golongan bukan 'they' macam aku macam kamu let do this la ...kalau kita tak punya kehendak sementara maka mereka tidak begitu walau begini. What best can u do to help this kids? is to give them back their mother or father or love ...think about it...ia mungkin jadi pada kita angkara kita-kita....
enjoy la karya aku yang tak seberapa ni ....
Khas buat anak-anak di rumah Nur Salam Chow Kit...love u all...i will think of doing something for u all ...insyaallah dengan rezeki dan kehendakNya azam aku akan aku kotakan suatu hari nanti...

Wednesday, June 23, 2010
misteri fikir
kekadang kita terlalu banyak berfikir.....perlukah? bukan kah elok kalau kita fikir satu per satu. Bagaimana mungkin semua perkara boleh di selesaikan dalam satu masa? owh mungkin tidak...
manusia mempunyai 'tendensi' (ada ke perkataan melayu ropa ini?) memikirkan segalanya dalam satu masa. Namun tidak mampu untuk menyelesaikannya dalam masa yang sama. Kita ni bukan bomo atau ahli magis untuk selesikan segalanya dengan sekali petik jer... kalau tak caya cuba la petik kok nak jadi burung merpati ke kok nak jadi bunga ros ke kat tangan tu ...
mana logik kalau kita nak bawak kereta dan bawak basikal pada masa yang sama kan? andaikan kita ada 10 masalah kritikal untuk di selesaikan. Kalau kita cuba menyelesaikan kesepuluhnya pada masa yang sama mungkin jalan penyelesaian itu tidak begitu rasional atau tidak selesai langsung malah ianya mengungkap satu masalah yang lain ....mungkin lebih besar ...
jadi sebaiknya asingkan kesemua masalah itu dan fikirkan satu per satu ....kita kena akur pada hukum alam...kalau tidak boleh selesai masalah itu hari ini kita selesaikan esok kalau tidak esok mungkin lusa atau minggu atau tahun ....yang penting ikhlas kita untuk menyelesaikannya....ye la kan kalau tak begini begitu kalau tak begitu begini.... yang menentukan kita adalah kita ....siapa yang lebih berHAK untuk suap seekor ayam KFC dalam mulut kita kalau bukan kita sendiri? tidak ada orang lain yang boleh menentukan hak kita selain kita sendiri TAPI jangan menyesal kalau keputusan HAK itu tidak mendatangkan perkara baik pada kita ...jadi berfikirlah sejenak sebelum memutuskan ....perlu di ingat itu keputusan kita.....jadi sebelum melakukan sesuatu fikirkan ....hanya perlu 6 saat....2 saat untuk menilai 2 saat untuk berfikir 2 saat untuk membuat keputusan....6 saat itulah yang menentukan.... kalau seorang pembunuh mengambil masa 6 saat untuk menilai dia tidak akan membunuh kalau perogol mengambil masa 6 saat untuk melihat kebelakang dia tidak akan merogol kalau kita mengambil masa 6 saat untuk berfikir sebelum memotong kenderaan lain kita tidak akan kemalangan ...tak lamakan 6 saat tu? itulah masa yang kita perlukan untuk membuat keputusan yang besar atau yang kecil.....
sebaiknya dalam keadaan emosional kita diam... bilakala kita sudah keluar dari emosi itu maka berbicaralah jika bukan pada orang lain bicaralah pada diri sendiri sesungguhnya kita akan lebih RASIONAL.....renung-renungkan selamat berfikir...

Saturday, February 06, 2010
Separuh jiwaku pergi.. benarku mencintaimu tapi tak begini..
Separuh jiwaku pergi...
Sedetik aku melihat wajah si anang menyanyikan lagu ini...sekilas itu jualah aku lihat betapa cintanya seorang lelaki kepada seorang wanita yang menjadi dewi dalam hatinya.... Seakan tidak anang menyangka bahwa berolak air yang tenang itu menyebabkan runtuhnya mahligai yang terbina kukuh.
Terfikir aku sejenak apa kahendaknya seorang wanita bergelar isteri? barangkali arus yang di lalui sehari-harian mengolakkan ketenangan yang sememangnya selalu dilupakan... bila dah tenang boring, bila berkocak dipersoal kenapa tidak tenang...lantas apa mahunya si isteri atau keadaan yang sama buat si suami? Lemahkah manusia itu sebagai isteri? Lemahkah manusia itu sebagai suami?...kalau lemah ke dua-duanya di mana agungnya cinta? kenapa menitis airmata itu bila berkecai sedang bila dalam kegilaan itu tidak pula pernah terfikir untuk menangis..
Sukar bukan untuk mengagungkan C I N T A?
Apa cinta itu penting dalam perhubungan? bagi aku cinta itu adalah keperluan dalam perhubungan tapi yang paling utama sebenarnya dalam perhubungan adalah kasih dan sayang...kasih dan sayanglah yang menyebabkan kedua insan berfikir secara waras...CINTA kan hangat, yang hangat itukan pastinya dingin bila lupa untuk di hangatkan?
Sayangkan bila runtuhnya mahligai tambah-tambah lagi yang telah di terangi oleh cahayamata...si ibu dan si ayah boleh menjalani kehidupan baru masing-masingnya. Si ibu dengan pacarnya dengan cintanya dan si ayah juga dengan mutiara hati yang kononya boleh lebih menerangi. Apa nasib si anak? Kasihan mereka terkontang kanting tergapai-gapai....mana mungkin si anak mendapatkan kasih sayang dari ibu yang lainnya mana mungkin si anak mendapatkan kasih sayang dari ayah yang barunya...aromanya mungkin seakan sama tapi sentuhannya tetap berbeza kerna ibu itu satu ayah itu juga satu... persoalannya adilkah mereka tersiksa ?
detik itu terlalu pendek...kalau berpaling sebelum putusnya kalau menoleh sebelum runtuhnya mungkin ini tak akan terjadi...tapi kerana kehangatan kerana kegilaan mengagungkan cinta, makhluk kurniaan ilahi seperti kita ini akan kecundang ke akhirnya....bagaimana kehormatan si ibu atau si ayah di mata si anak bila ini terjadi?
bayangkan suatu hari tidak lama dari kejadian itu sewaktu kita tidak lagi boleh menoleh ke kanan atau ke kiri tidak boleh lagi mendongak ke atas atau ke bawah.. suatu hari nanti bila kita hanyalah sekujur tubuh yang terdampar menahan kesakitan...suatu hari kala kita hanya mampu mengelipkan mata bila lapar hanya mampu mengerakkan bibir tanpa suara...kala itu ...masih adakah cinta yang konon sampai ke akhir hayat masih adakah pimpinan tangan si lelaki atau si wanita yang suatu ketika terlalu erat mengengam tangan berpimpinan berjalan seiringan ke lembah bahagia?.......waktu itu.....hanya tangan si kecil yang akan lebih memahami tolehan kanan dan kiri hanya si kecil yang memahami niat hati bila suara tidak lagi mampu kedengaran.....si kecil yang akan menghulurkan tangan tanpa mengharapkan balasan cinta tanpa mengharapkan balasan....jika kala itu masih dia belum lupa yang itu ibu yang itulah bapanya yang satu .....
Sejenak itu penting bukan, sebelum sejenak itu bertukar menjadi pedih yang tidak nampak lukanya untuk kita ubati....
aku insan sama...kini lebih mengingati...

Saturday, September 12, 2009
Kek Lapis Strawberry
kek ni kek bisa jer hari ni ....tapi kurang lebih 15 tahun dahulu kek ini mempunyai riwayat yang berkaitan dengan riwayat aku. Masa tu aku baru tingkatan 3. Mak suruh buat kek. Dalam keletihan di bulan, pabila aku jejak kaki di rumah usang tempat kami tinggal tros aku ke dapur. 'Kacau gula dengan buttercup dulu' the very first order yang aku dapat dari mak untuk mula memproses kek lapis ni. Dengan pantas dan tangkas bak harimau bintang, aku mencapai mangkok kaca tempat bancuh 'doh' kuih raya yang mak beli masa kami masih lagi di pekan Sungai Besi.
'bubuh so makuk gulo denge so buttercup tu' ...dengan pelat kelantan pekatnya mak memberi arahan kedua. Aku pun heran macammana mak aku boleh pelat cakap Kelantan sedangkan mak berasal dari Kampung Baru, ayah yang berasal dari Pasir Puteh, tak lain dan tak bukan mesti di sebabkan getah pucuk ketereh depan rumah yang mak cicah ngan budu masa ngandungkan si liana tu. haih. Sambung cerita kek tadi, aku pun amik mangkuk kaca tu dengan senduk nasi yang di perbuat dari kayu maka mencarilah aku tempat untuk bertengek. Tak lain dan tak bukan tempat terbaik adalah di hadapan Oven Butterfly yang harganya dulu tak sampai pun Lima Puluh Ringgit. Aku pun mulalah mengacau doh campuran gula dan buttercup tadi. Dah dekat setengah jam mak tak bagi arahan ke tiga lagi. Haih tangan dah nak tercabut ni. Masa tu aku berniat dalam hati, nanti aku dah bekerja aku nak belikan mak mesin kek pakai tekan-tekan jer (alhamdulillah dimurahkan rezeki aku dah belikan mak mesin tu - dah rosak dah pun). Setelah hampir 50 minit, barulah arahan ke tiga di terima. Ok doh dah sebati. Dah putih pun adunan tu, mesti naik cantekkkk kek ni nanti. "Ok sekarang masukkan telor 6 bijik. Masuk satu-satu " arahan ke tiga aku terima. Ni memang paling aku minat. Konon-konon nak buat macam ala-ala mamak goreng mi kat kedai tu, pecah telo sebelah tangan jer. Berdebus telo yang pertama mencecah muka adunan yang aku kacau tadi dan seterusnya bedebus lah satu per satu telo-telo tu sehingga 6 bijik. Arahan ke empat di terima masukkan icing vanilla satu tudung. Dengan pantasnya aku memasukan icing vanilla tu dalam adunan kek aku tu. Wahhhh teros doh tu berbau wangi. malas lak nak tulis ....jap jap tido jap kang sambung ....
Tuesday, July 14, 2009
Dosa atau Dosa? atau Dosa!
Hari diluar sana bak menangisi kelamnya makhluk bumi. Antara wujud dan khatamnya nur cahaya si pemanggil seru. Ke mana hala kita bila hari-hari berlalu? Aku hairan dengan kewujudan dugaan... mengapa kehidupan tidak pernah boleh lari dari terduga? layakkah kita diuji bila kita ini adalah yang lalai? apakah dalam kelalaian yang hanyut itu kita ini masih di duga-duga? masih sudikah kita, mungkin aku mungkin kamu diduga dalam kelalaian? atau mungkin kita hanya menoleh dan berkata pada diri "ah orang lain lagi jahil hidupnya" sejauhmana lagi kita mahu melangkah dalam gelombang kesesatan sejauhmana lagi kita mahu tertawa sedang selayaknya kita menangisi kehilangan maruah diri yang sebenarnya hanya tinggal sisa-sisa
kekadang aku terhitung kira dosa yang terpalit pada diri, apa aku masih layak memiliki kerahmatanNya? atau aku atau mungkin kamu sudah jauh dari sifat syukur dan sudah amat dekat dan akur dengan kufur gelombang-gelombang dunia. Ku toleh kanan ku toleh kiri mengapa semua kita sudah seakan sama, bukan sama berjaya tapi sama lupa! selama lama mana kita mahu melupai yang zahir dan yang batil. Apa kita akan mampu menyuci dosa bagai waktu dulu merengek tika pertama kali melihat wajah dunia? pernahkah kita menghitung dosa yang mengikat tubuh atau ia sudah terlalu biasa hingga kita lupa yang kita ini hidup di duniaNya....
-Ingat buat aku kala kamu lupa ingat buat kamu kala aku lupa-

Thursday, March 26, 2009
Heyp Heyp HOREYYYYYY!!!
dicanang-canang, digendang-gendang,hu sana ! ha sini! mereka menyanyi lagu sorak
Yessss!! berlaung lagi...Alhamdullillahhhhhh...panjang haraqatnya..
Hidupppp!!! laung berbagai raung
berpeluk-pelukan, enak barangkali bau-bauan badan
dijulang-julang, di tatang-tatang
lambung jangan di kira
kalau boleh biar sampai ke bumbung gaya minang itu
ehem...
semua diam.
.
.
.
.
.
saya janji, saya akan, saya kamu aku dia semua
kalau bukan kerana....
kerana apa?!!!!
kerana dia dia dia
kerana itu itu itu
kerana ini ini ini
hey!
itu bukan kerananya
kerana Merdeka!
kerana tanah sudah berlumpur!
kerana najis sudah sepah-sepah!
kerana Nya dan kerana Nya!
Ini bukan untukmu!
Ini bukan kemenangan!
Ini tanggungjawab!
Jangan Gagal Tika Kamu Berjaya!!!!!
Aku tuntut! Mereka tuntut!
Kisah hari/detik-detik
aku merantau hari ini. Bukan melalui kaki aku melangkah, tapi akal ini...bukankah hari-hari adalah hari perantauan? Bisik aku pada bening subuh..mungkinkah perantauanku yang bermula dinihari ini adalah berbeza dari kegagalan semalam? segalanya telah di takdir dan tertulis, bukan hak kita untuk bertanya seawal bening itu, pada kehendak yang mungkin terselitnya akur atau mungkin jua terangkuhnya pada kehendak cita yang tidak pernah puas. Sekali lagi aku bertanya pada diri, apa kepuasan yang aku cari? tahukah aku? tahukah kamu?

Aku teruskan pengembaraan hari, detik-detik demi detik aku tepati. Lama sudah mungkin aku tidak menempuh hari dengan ketepatan jarum waktu yang tidak pernah mungkir untuk berlalu setiap saat. Saat yang tidak pernah seumurku aku melihat ia undur. Maju terus ia tegak menguruskan nombornya yang dua belas itu. Sejenak aku melihat waktu pembalut tanganku . Mengapa tidak aku seperti ia? tidak pernah undur walau sedetik. Tidak pula pernah ia melompat-lompat tanpa tertib satu ke lima atau tiga ke lapan. Tersusun bukan? Ia yang menemani diriku setiap hari dengan tertib dan maju tanpa menganggu....mengapa resam itu tidak terniat untuk aku pahat dalam diri...mungkin egonya aku, kamu?

Monday, March 23, 2009
Ayu...
Ayu dia...
wajahnya tertutup dek rambutnya yang ikal
mengurai-gurai panjangnya
laboh ke pinggul
kusut...
seolah tidak mahu lagi bergelar mahkota
kaki tidak mahu lagi melangkah
bila maju dia menjunam
bila undur...
semalam masih tetap semalam
sehari itu dia buntu kaku
manis yang ditelan
kini jadi racun yang memamah hati jiwanya
haruskah matahari itu pergi menukar hari
haruskah belai bayu itu berhenti
haruskah datangnya semalam
...sedetik itu
jiwa mulia si ayu diragut bagai binatang
sialan...
titis air mengalir pada matanya ayu
tidak lagi jernih
bila tangisnya hanya sesalan
luka yang tiada penawar
hirisan bak pedang menghambur urat jantungnya
parut yang telah hampir pada rohnya
....ayu tidak lagi bermaya
nafasnya hanya tertelan
tidak terhembus lagi...
pergilah dengan damai ayu
moga kasturi tidak hilang baunya..
amin...

Fikir Aku Fikir Kamu
Saturday, November 24, 2007
Ikhlas Tidak Ikhlas Tidak Ikhlas Tidak Ikhlas Tidak Ikhlas Tidak Ikhlas Tidak
Kehidupan di serikan dengan kasih dan sayang. Kasih dan sayang pula di semaikan dengan keikhlasan, tanpanya musnah.
Ikhlaskah kita bila menerima ? Sukar untuk dimengertikan keihlasan bila kala kita menerima pemberian....mungkin ianya nyata atau mungkin ianya adalah sulaman jiwa yang datang dalam bentuk roh atau zat yang tidak bisa di genggam tangan yang jarang berjari lima ini....sejauhmana kita ini jujur menerima pemberian? apa kalian sedar yang setiap pemberian datangnya dengan tulusnya hati si pemberi dan jika ianya diberi dalam bentuk yang nyata susul datangnya ia dengan harapan untuk di terima......dengan ikhlas.....
Keikhlasan ....perkara sukar bukan ? kekadang aku sering keliru....apa aku ini ikhlas ....apa kamu? ikhlas adalah terlalu dalam untuk dilahirkan, untuk di ucapkan... jika di ucap tidak ikhlas lagi ia... dan ikhlas akan datang bila kita zahir batinnya tenang...jika tertekan tidak ikhlas kita....jika dengki tidak ikhlas kita ....jika rasa rugi tidak ikhlas kita....murni bukan keikhlasan itu? karna tanpa lahirnya kesucian tidak akan lahir keikhlasan....sukar bukan?
akan ku tuliskan lagi bait ini bila aku ketenangan ....hampir goncang kini...assalamualaikum kalian...

Subscribe to:
Posts (Atom)