Saturday, February 06, 2010

Separuh jiwaku pergi.. benarku mencintaimu tapi tak begini..

Separuh jiwaku pergi...

Sedetik aku melihat wajah si anang menyanyikan lagu ini...sekilas itu jualah aku lihat betapa cintanya seorang lelaki kepada seorang wanita yang menjadi dewi dalam hatinya.... Seakan tidak anang menyangka bahwa berolak air yang tenang itu menyebabkan runtuhnya mahligai yang terbina kukuh.

Terfikir aku sejenak apa kahendaknya seorang wanita bergelar isteri? barangkali arus yang di lalui sehari-harian mengolakkan ketenangan yang sememangnya selalu dilupakan... bila dah tenang boring, bila berkocak dipersoal kenapa tidak tenang...lantas apa mahunya si isteri atau keadaan yang sama buat si suami? Lemahkah manusia itu sebagai isteri? Lemahkah manusia itu sebagai suami?...kalau lemah ke dua-duanya di mana agungnya cinta? kenapa menitis airmata itu bila berkecai sedang bila dalam kegilaan itu tidak pula pernah terfikir untuk menangis..

Sukar bukan untuk mengagungkan C I N T A?

Apa cinta itu penting dalam perhubungan? bagi aku cinta itu adalah keperluan dalam perhubungan tapi yang paling utama sebenarnya dalam perhubungan adalah kasih dan sayang...kasih dan sayanglah yang menyebabkan kedua insan berfikir secara waras...CINTA kan hangat, yang hangat itukan pastinya dingin bila lupa untuk di hangatkan?

Sayangkan bila runtuhnya mahligai tambah-tambah lagi yang telah di terangi oleh cahayamata...si ibu dan si ayah boleh menjalani kehidupan baru masing-masingnya. Si ibu dengan pacarnya dengan cintanya dan si ayah juga dengan mutiara hati yang kononya boleh lebih menerangi. Apa nasib si anak? Kasihan mereka terkontang kanting tergapai-gapai....mana mungkin si anak mendapatkan kasih sayang dari ibu yang lainnya mana mungkin si anak mendapatkan kasih sayang dari ayah yang barunya...aromanya mungkin seakan sama tapi sentuhannya tetap berbeza kerna ibu itu satu ayah itu juga satu... persoalannya adilkah mereka tersiksa ?

detik itu terlalu pendek...kalau berpaling sebelum putusnya kalau menoleh sebelum runtuhnya mungkin ini tak akan terjadi...tapi kerana kehangatan kerana kegilaan mengagungkan cinta, makhluk kurniaan ilahi seperti kita ini akan kecundang ke akhirnya....bagaimana kehormatan si ibu atau si ayah di mata si anak bila ini terjadi?

bayangkan suatu hari tidak lama dari kejadian itu sewaktu kita tidak lagi boleh menoleh ke kanan atau ke kiri tidak boleh lagi mendongak ke atas atau ke bawah.. suatu hari nanti bila kita hanyalah sekujur tubuh yang terdampar menahan kesakitan...suatu hari kala kita hanya mampu mengelipkan mata bila lapar hanya mampu mengerakkan bibir tanpa suara...kala itu ...masih adakah cinta yang konon sampai ke akhir hayat masih adakah pimpinan tangan si lelaki atau si wanita yang suatu ketika terlalu erat mengengam tangan berpimpinan berjalan seiringan ke lembah bahagia?.......waktu itu.....hanya tangan si kecil yang akan lebih memahami tolehan kanan dan kiri hanya si kecil yang memahami niat hati bila suara tidak lagi mampu kedengaran.....si kecil yang akan menghulurkan tangan tanpa mengharapkan balasan cinta tanpa mengharapkan balasan....jika kala itu masih dia belum lupa yang itu ibu yang itulah bapanya yang satu .....

Sejenak itu penting bukan, sebelum sejenak itu bertukar menjadi pedih yang tidak nampak lukanya untuk kita ubati....



aku insan sama...kini lebih mengingati...

Saturday, September 12, 2009


Kek Lapis Strawberry

kek ni kek bisa jer hari ni ....tapi kurang lebih 15 tahun dahulu kek ini mempunyai riwayat yang berkaitan dengan riwayat aku. Masa tu aku baru tingkatan 3. Mak suruh buat kek. Dalam keletihan di bulan, pabila aku jejak kaki di rumah usang tempat kami tinggal tros aku ke dapur. 'Kacau gula dengan buttercup dulu' the very first order yang aku dapat dari mak untuk mula memproses kek lapis ni. Dengan pantas dan tangkas bak harimau bintang, aku mencapai mangkok kaca tempat bancuh 'doh' kuih raya yang mak beli masa kami masih lagi di pekan Sungai Besi.

'bubuh so makuk gulo denge so buttercup tu' ...dengan pelat kelantan pekatnya mak memberi arahan kedua. Aku pun heran macammana mak aku boleh pelat cakap Kelantan sedangkan mak berasal dari Kampung Baru, ayah yang berasal dari Pasir Puteh, tak lain dan tak bukan mesti di sebabkan getah pucuk ketereh depan rumah yang mak cicah ngan budu masa ngandungkan si liana tu. haih. Sambung cerita kek tadi, aku pun amik mangkuk kaca tu dengan senduk nasi yang di perbuat dari kayu maka mencarilah aku tempat untuk bertengek. Tak lain dan tak bukan tempat terbaik adalah di hadapan Oven Butterfly yang harganya dulu tak sampai pun Lima Puluh Ringgit. Aku pun mulalah mengacau doh campuran gula dan buttercup tadi. Dah dekat setengah jam mak tak bagi arahan ke tiga lagi. Haih tangan dah nak tercabut ni. Masa tu aku berniat dalam hati, nanti aku dah bekerja aku nak belikan mak mesin kek pakai tekan-tekan jer (alhamdulillah dimurahkan rezeki aku dah belikan mak mesin tu - dah rosak dah pun). Setelah hampir 50 minit, barulah arahan ke tiga di terima. Ok doh dah sebati. Dah putih pun adunan tu, mesti naik cantekkkk kek ni nanti. "Ok sekarang masukkan telor 6 bijik. Masuk satu-satu " arahan ke tiga aku terima. Ni memang paling aku minat. Konon-konon nak buat macam ala-ala mamak goreng mi kat kedai tu, pecah telo sebelah tangan jer. Berdebus telo yang pertama mencecah muka adunan yang aku kacau tadi dan seterusnya bedebus lah satu per satu telo-telo tu sehingga 6 bijik. Arahan ke empat di terima masukkan icing vanilla satu tudung. Dengan pantasnya aku memasukan icing vanilla tu dalam adunan kek aku tu. Wahhhh teros doh tu berbau wangi. malas lak nak tulis ....jap jap tido jap kang sambung ....

Tuesday, July 14, 2009

Dosa atau Dosa? atau Dosa!

Hari diluar sana bak menangisi kelamnya makhluk bumi. Antara wujud dan khatamnya nur cahaya si pemanggil seru. Ke mana hala kita bila hari-hari berlalu? Aku hairan dengan kewujudan dugaan... mengapa kehidupan tidak pernah boleh lari dari terduga? layakkah kita diuji bila kita ini adalah yang lalai? apakah dalam kelalaian yang hanyut itu kita ini masih di duga-duga? masih sudikah kita, mungkin aku mungkin kamu diduga dalam kelalaian? atau mungkin kita hanya menoleh dan berkata pada diri "ah orang lain lagi jahil hidupnya" sejauhmana lagi kita mahu melangkah dalam gelombang kesesatan sejauhmana lagi kita mahu tertawa sedang selayaknya kita menangisi kehilangan maruah diri yang sebenarnya hanya tinggal sisa-sisa

kekadang aku terhitung kira dosa yang terpalit pada diri, apa aku masih layak memiliki kerahmatanNya? atau aku atau mungkin kamu sudah jauh dari sifat syukur dan sudah amat dekat dan akur dengan kufur gelombang-gelombang dunia. Ku toleh kanan ku toleh kiri mengapa semua kita sudah seakan sama, bukan sama berjaya tapi sama lupa! selama lama mana kita mahu melupai yang zahir dan yang batil. Apa kita akan mampu menyuci dosa bagai waktu dulu merengek tika pertama kali melihat wajah dunia? pernahkah kita menghitung dosa yang mengikat tubuh atau ia sudah terlalu biasa hingga kita lupa yang kita ini hidup di duniaNya....

-Ingat buat aku kala kamu lupa ingat buat kamu kala aku lupa-

Thursday, March 26, 2009

Heyp Heyp HOREYYYYYY!!!

dicanang-canang, digendang-gendang,
hu sana ! ha sini! mereka menyanyi lagu sorak
Yessss!! berlaung lagi...Alhamdullillahhhhhh...panjang haraqatnya..
Hidupppp!!! laung berbagai raung
berpeluk-pelukan, enak barangkali bau-bauan badan
dijulang-julang, di tatang-tatang
lambung jangan di kira
kalau boleh biar sampai ke bumbung gaya minang itu
ehem...
semua diam.
.
.
.
.
.
saya janji, saya akan, saya kamu aku dia semua
kalau bukan kerana....
kerana apa?!!!!
kerana dia dia dia
kerana itu itu itu
kerana ini ini ini
hey!
itu bukan kerananya
kerana Merdeka!
kerana tanah sudah berlumpur!
kerana najis sudah sepah-sepah!
kerana Nya dan kerana Nya!
Ini bukan untukmu!
Ini bukan kemenangan!
Ini tanggungjawab!
Jangan Gagal Tika Kamu Berjaya!!!!!
Aku tuntut! Mereka tuntut!


Kisah hari/detik-detik

aku merantau hari ini. Bukan melalui kaki aku melangkah, tapi akal ini...bukankah hari-hari adalah hari perantauan? Bisik aku pada bening subuh..mungkinkah perantauanku yang bermula dinihari ini adalah berbeza dari kegagalan semalam? segalanya telah di takdir dan tertulis, bukan hak kita untuk bertanya seawal bening itu, pada kehendak yang mungkin terselitnya akur atau mungkin jua terangkuhnya pada kehendak cita yang tidak pernah puas. Sekali lagi aku bertanya pada diri, apa kepuasan yang aku cari? tahukah aku? tahukah kamu?




















Aku teruskan pengembaraan hari, detik-detik demi detik aku tepati. Lama sudah mungkin aku tidak menempuh hari dengan ketepatan jarum waktu yang tidak pernah mungkir untuk berlalu setiap saat. Saat yang tidak pernah seumurku aku melihat ia undur. Maju terus ia tegak menguruskan nombornya yang dua belas itu. Sejenak aku melihat waktu pembalut tanganku . Mengapa tidak aku seperti ia? tidak pernah undur walau sedetik. Tidak pula pernah ia melompat-lompat tanpa tertib satu ke lima atau tiga ke lapan. Tersusun bukan? Ia yang menemani diriku setiap hari dengan tertib dan maju tanpa menganggu....mengapa resam itu tidak terniat untuk aku pahat dalam diri...mungkin egonya aku, kamu?

Monday, March 23, 2009

Ayu...


Ayu dia...
wajahnya tertutup dek rambutnya yang ikal
mengurai-gurai panjangnya
laboh ke pinggul
kusut...
seolah tidak mahu lagi bergelar mahkota

kaki tidak mahu lagi melangkah
bila maju dia menjunam
bila undur...
semalam masih tetap semalam

sehari itu dia buntu kaku
manis yang ditelan
kini jadi racun yang memamah hati jiwanya
haruskah matahari itu pergi menukar hari
haruskah belai bayu itu berhenti
haruskah datangnya semalam
...sedetik itu

jiwa mulia si ayu diragut bagai binatang
sialan...

titis air mengalir pada matanya ayu
tidak lagi jernih
bila tangisnya hanya sesalan
luka yang tiada penawar
hirisan bak pedang menghambur urat jantungnya
parut yang telah hampir pada rohnya

....ayu tidak lagi bermaya
nafasnya hanya tertelan
tidak terhembus lagi...
pergilah dengan damai ayu
moga kasturi tidak hilang baunya..
amin...





Fikir Aku Fikir Kamu








AKU...
Fikir bila puas menongkah pemikiran
Jarak satu dan sejuta dimana kamu
Hari ini mahu berbelitan
adakah esok terhenti?
sampai bila...

Saturday, November 24, 2007

Ikhlas Tidak Ikhlas Tidak Ikhlas Tidak Ikhlas Tidak Ikhlas Tidak Ikhlas Tidak

Kehidupan di serikan dengan kasih dan sayang. Kasih dan sayang pula di semaikan dengan keikhlasan, tanpanya musnah.
Ikhlaskah kita bila menerima ? Sukar untuk dimengertikan keihlasan bila kala kita menerima pemberian....mungkin ianya nyata atau mungkin ianya adalah sulaman jiwa yang datang dalam bentuk roh atau zat yang tidak bisa di genggam tangan yang jarang berjari lima ini....sejauhmana kita ini jujur menerima pemberian? apa kalian sedar yang setiap pemberian datangnya dengan tulusnya hati si pemberi dan jika ianya diberi dalam bentuk yang nyata susul datangnya ia dengan harapan untuk di terima......dengan ikhlas.....
Keikhlasan ....perkara sukar bukan ? kekadang aku sering keliru....apa aku ini ikhlas ....apa kamu? ikhlas adalah terlalu dalam untuk dilahirkan, untuk di ucapkan... jika di ucap tidak ikhlas lagi ia... dan ikhlas akan datang bila kita zahir batinnya tenang...jika tertekan tidak ikhlas kita....jika dengki tidak ikhlas kita ....jika rasa rugi tidak ikhlas kita....murni bukan keikhlasan itu? karna tanpa lahirnya kesucian tidak akan lahir keikhlasan....sukar bukan?
akan ku tuliskan lagi bait ini bila aku ketenangan ....hampir goncang kini...assalamualaikum kalian...

Sunday, January 02, 2005

sejenak aku di situ

kehidupan adalah satu wacana yang perlu diisi oleh setiap insan pada setiap hari yang dilaluinya...kekadang pengisian itu penuh dengan erti kesukaan tapi kebanyakan pegisiannya adalah masalah...aku terlalu banyak memerhatikan hal ini .....malah aku memerhatikan diriku sendiri....cinta, pekerjaan, kewangan....arghh terlalu banyak ....

semakin kita pikirkan semakin kita terlupa bahawa orang yang terbaik bagi menyelesaikan masalah kita ......
adalah kita
cinta......kita boleh putus sebagai jalan akhir
pekerjaan.......kita boleh berenti dan cari kerja lain
kewangan......kita boleh cari sumber sumber bantuan atau bunuh diri jer....

aku kekadang pelik dengan aku dan kawankawanku kekadang tu musuhmusuhku atau kekadang tu pun orangorang kat sebelah aku ini yang tengah minum hot vanilla... mereka duduk berpikir, mereka duduk merenung, mereka tunduk entah apa yang dia tengah buat ...ooo sms rupanya....

tidakkah mereka ini sesekali berfikir yang hidup hari ini adalah yang terbaik untuk mereka berbanding dengan orang lain yang sudah dihujung tanduk bertarung dengan nyawa yang kejap lagi entahkan ada entahkan sudah tidak ada..susahkan....kekadang kita tidak bersyukur yang jantung kita ni masih boleh mengisap oksigen yang ada di sekelilling berbanding dengan perokok perokok handalan yang sekarang ni tengah terbaring kat sepital menyesal dengan asap yang terpekong dalam dada diarang ...tengah kira kira berapa bunglo boleh buat kalau dia tidak merokok 20 tahun dulu ....e...e..herankan...

aku bukan nak ngutuk ...aku berkata begitu sebab aku pun cam gitu jugak kengkawan aku jugak begitu bila ek kiter nak pikir waras...

eh tak waras ke kiter ni

Monday, May 03, 2004

kakiku....
kakimu....
melangkah mengendang tanah mulia ini
melangkah menempuh tanah bechak bukan kerna hari hujan
melangkah tegak kakiku sehari hari dibumi ini
melangkah megah bukan kerna aku bongkak
melangkah dibumi ini yang makin condong melihat maut bangsa

bumi ini...
milik aku ..
milik kamu ...
milik dia ...
milik kita...

hari ini ku bangun berjalan di tanah ini
yang mata sepet tiada lagi memakai cop stick untuk makan mee
yang sawo matang tidak lagi kekok duduk semeja dengan yang hitam hanya nampak butir mata dan giginya itu ...
mereka bicara ....
pada satu kata yang sama...
mereka tertawa...
pada satu bahasa...
aku bangga...

esok..
belum tiba lagi ...
aku gusar... kerna bau hari ini kurang enak..
aku gusar ... kerna anakku ini sudah bertindik telinganya
aku gusar .... kerna hidung sudah ada besi
aku gusar... lelaki itu sudah lanjut umurnya masih kepit kepitan dengan simuda hingusan
aku gusar...............
...gusar wangi sudah hilang harumnya....
Cocok..
Cocok perkara enak
Cocok perkara canak
Cocok lakunya berbeda
Cocok insannya tiada rupa
Cocok celaka

Ku cocok ini
Ku cocok kini
Ku cocok sini
Ku cocok sunyi
Ku cocok tiada peri

Permainan cocok indah sekali
Dihulu dihilir enaknya tiada peri
Dihulu jantannya
Dihilir betinanya
Dimuara…. syaitannya

Hari ini kau cocok
Esok kau mahu cocok lagi
Lusa mau lagi kamu ya…

Jangan main mainan cocok
Ingat hinanya
Ingat hikmah celaka

Yang tua mencocok
Yang muda mencocok juga kau ya
Kau kira mencocok itu bisa bisa
Kau kira mencocok hinanya biasa

Jangan…
Cocok itu celaka namanya
Cocok itu tiada kekalnya
Yang pasti …
Ahhh…tiada yang pasti …
Kau tau ia pasti ?
Dia tau ia pasti ?
Tidak bukan …
Jika putus berkecai
Jika subur kau makin hina
Jika jadi kau pasti bunuh nyawanya
hina bukan …
Udah kau jadi pencocok kau jadi pembunuhnya
Akal tak henti berkata nafsu tak padam menyala
Ingat duniamu ingat sejadah dibentang pada kiblatmu…

DOSA ANAK INI

Dosa anak ini
Menangis tiada henti
Mana ibunya
Ibunya telah tinggal kan dia
Mana ayahnya
Ayahnya sudah tiada lagi disisi…bukan mati

Dosa anak ini
Menangis tiada air mata
Hidup sendirian di kota
Hari-hari ditongkahnya arus yang makin celaka
Direndam nafsu dibakar sekam puaka
Makin hari kian tiada
Makin hari nyah ia dari buminya

Dosa anak ini
Tiada terbilang lagi
Dicanak getir meredam nafsu gempita
Tiada dikenang pesan ayahnya
Tiada dikenang rintih ibunya
Anak ini menyelam arus tiada mengira cerca cela
Anak ini hilang …..

Malam itu
Anak ini menangis
Meratap hiba cacat hina tingkahnya
Menangis menghentak pada bumi sesalnya
Dipalu dicanang pintu lakunya
Ditambak corong corongan dosanya

Namun….
Tanahnya sudah bernanah berlendir
Tanahnya sudah merah membakar
Tanahnya sudah terpancar silau neraka
Tanahnya sudah hanyir
Tanahnya sudah cair

Malam ini…
Anak ini tiada terhitung dosanya
Dia bertarung menghitung bara neraka
Tiada terpadam kalimah hidupnya
Tiada terpendam nama agungnya
Tiada terkenang ukir jasanya

Anak ini pergi tiada kembali
Anak ini pergi tiada dibawa pahat namanya
Tiada makna semua sudah hampa
Yang ada bait-bait kata mengata hidupnya dia
Hanya cerca cela mengagung mulia dia
Lihat kini …anak ini masih disini …

Tuesday, April 20, 2004

aku anak tanah ini
aku anak dunia ini
aku anak buana ini
aku anak alam penuh seri dan misteri ini
hidup ku kerana aku
hidupku untuk alamku yang tak pernah menangis kerana aku
hidupku akur pada hikmahnya
hidupku akur pada kehendak maya

mayaku...
makin hari semakin bernanah
makin hari makin gelap bukan kerna hari mau hujan
makin hari makin bersinar bukan kerna cahaya menyuluh
makin hari makin kelam dek kalam kepalsuan
makin hari makin terbongkok malu dengan isi alam
makin hari makin gila...

aku anak tanah ini
makin hari makin tidak mengerti
inikah alam yang ku kenali dulu diperut ibu
inikah alam yang menanti kehadiranku dulu
inikah alam yang menjanji hati yang luhur murni
inikah alam yang tunduk akur pada kepalsuan
inikah alam....ah....mungkin aku belum mengerti kehendak alam...
atau ...inilah alam yang harus aku korek isinya untuk ku temui pengertiannya aku ini...

namun aku hanya aku bukan kamu dan bukan juga kehendakmu
aku hanya aku bukan kamu dan bukan juga hidupmu
aku hanya aku bukan kamu bukan juga nafsumu
aku hanya aku bukan kamu bukan juga nafasmu
aku hanya aku bukan kamu .....bukan kamu...

ya aku bukan kamu hanya aku dan tetap aku